[VIDEO] Gara-Gara Tidak Mahu Pijak Karpet, Yusuf Iskandar Jalan ‘Senget’. Ramai Terhibur!

Share

Kanak-kanak cilik, Yusuf Iskandar kali ini tampil dengan aksinya yang mencuri perhatian ramai.

Kisahnya, Hairul Azreen sedang merakam video secara diam-diam aksi Yusuf yang jalan ‘senget’ apabila dipanggil Hanis Zalikha untuk mengambil barang di dalam beg.

Namun, Yusuf sudah pun memakai kasut.

Gara-gara tidak mahu mengotorkan permaidani di bahagian ruang tamu, Yusuf ada cara tersendiri dengan cara berjalan ‘senget’.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan aksi lucu yang dilakukan Yusuf dengan cara spontan.


Untuk rekod, Hanis mendirikan rumah tangga bersama Hairul Azreen pada Jun 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata Yusuf Iskandar, 2 tahun dan Alisa Aisyah, 2 bulan.

Foto / Video ” Instagram Yusuf Iskandar/ Hanis Zalikha

IKLAN