
Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan penyampai radio, Feeya Iskandar cukup happening dan pandai berceloteh tika ke udara.
Terbaru, rakan penyampai radio Issey Fazlisham ada memuat naik satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.
Menghiburkan, rakaman video tersebut memaparkan gelagat Feeya atau nama sebenarnya Nor Shafiza Iskandar Azizan yang secara tak sengaja pakai seluar secara terbalik gara-gara lambat ke tugasan awal pagi.
“Pertama kali dalam dunia, aku jumpa orang pakai seluar terbalik. Lambat punya pasal @feeyaiskandar #gengissey,” tulis Issey di ruangan kapsyen video tersebut.
View this post on InstagramA post shared by issey (@isseyfazlisham) on
Lantas, rata-rata peminat berasa terhibur melihat gelagat Feeya yang sangat melucukan.
![[VIDEO] Gara-Gara Pakai Seluar Terbalik, Peminat Terhibur Gelagat Feeya Iskandar Yang Lucu! 3 [VIDEO] Gara-Gara Pakai Seluar Terbalik, Peminat Terhibur Gelagat Feeya Iskandar Yang Lucu!](https://www.mediahiburan.my/wp-content/uploads/2019/09/10EDD66F-FD3C-4485-8A02-601D9D4B1110.jpeg)
Terdahulu, Feeya pernah menjadi perhatian suatu ketika dahulu gara-gara memakai baju terbalik ketika berkerja di konti radio.
Video: Issey Fazlisham
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Kawan-Kawan Mengusik Dan Saran Agar Saya Menegurnya…,” – Suami Raja Ilya, Trent Garrett Buka Rahsia

Khamis malam, telah berlangsung majlis resepsi pelakon jelita, Raja Ilya dan suami, Trent Garrett di Star Avenue Lifestyle Mall, Subang.
Jadi momen bermakna buat mempelai, persandingan pasangan ini bak hikayat dongeng.
Tampil anggun, Ilya mengenakan persalinan gaun kembang berpenrincian rona ungu bak puteri sementara suami, kacak menerusi sut hitam.
Jelas Trent, perkenalannya dengan pelakon berusia 34 tahun ini bermula apabila dia secara tidak sengaja terjatuh passport perjalanan sewaktu di lapangan terbang dan wanita tersebut pantas menghulurkan passport yang tercicir.
Terpaku dengan kejelitaan Ilya sehingga dia hanya mampu melihat wanita itu berlalu begitu sahaja.
“Pada waktu itu, saya terjatuh pasport dan wanita ini memanggil saya dan menghulurkannya. Pandangan mata saya begitu terpesona dan terpaku dengan wanita di hadapan sehingga tidak mampu berkata-kata.
“Waktu itu kawan-kawan saya mengusik dan menyarankan agar saya menegurnya dan memberikan kad nama. Saya hanya menulis nama dan Facebook dan memintanya menghubungi saya.
“Saya letakkan di atas kerusi dan seterusnya saya serahkan kepada takdir. Dua hari kemudian, dia hubungi saya dan katakan saya tertinggal pas pelepasan.
“Itulah detik pertemuan kami. Memang sangat menakjubkan,” kongsinya yang turut menitiskan air mata sewaktu memberikan ucapan istimewa buat isteri tercinta.
A post shared by Raja Ilya (@rajailya) on Sep 19, 2019 at 7:31am PDT
A post shared by Raja Ilya (@rajailya) on Sep 19, 2019 at 6:45am PDT
A post shared by Raja Ilya (@rajailya) on Sep 19, 2019 at 6:44am PDT
A post shared by Raja Ilya (@rajailya) on Sep 19, 2019 at 6:45am PDT
Sebelum kembali aktif berlakon, Ilya terlebih dahulu pernah bekerja di awan biru bersama sebuah syarikat penerbangan.
Ilya dan Trent Garrett berkahwin pada 23 Disember lalu dalam sebuah majlis ringkas di Perth, Australia.
Pasangan itu telah berkenalan sejak enam tahun lalu.
Foto : Instagram Raja Ilya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Berkongsi sebuah video di entri Instagram, pelakon Norman Hakim meninggalkan kata-kata cukup menyentuh lubuk hati.
Ulasnya dia tidak tahu apakah kata-kata akhir yang harus disampaikan buat si isteri andai hari ini menjadi hari terakhir dalam hidupnya.
Jelas pelakon Gerak Khas ini, andai diizinkan, dia mahu menjadi yang terakhir kerana isteri dan anak-anak masih memerlukannya.
“Jadi saya tidak boleh beritahu secara terperinci apa sebenarnya yang boleh disampaikan kepada isteri saya kalau hari ini adalah kehidupan terakhir dalam hidup saya.
“Sebab kalau boleh biarlah saya orang yang terakhir pergi. Saya tak sanggup jadi orang yang pertama pergi sebab tak bersedia lagi. Sebab mereka masih memerlukan saya.
“Aamiin Ya Rabb. Tq cenonet papa cayang @marissadaniaaaaa_ utk bingkisan video ni serta kata2 doa,penghargaan & semangat mewakili adik-beradik yg lain.
"Doakan secara istiqomah semoga dipermudahkan buat papa,mama,mummy & abah menjaga kalian amanah dariNya buat kami ini..sayang korang semua sampai syurga.
“@Regrann from @marissadaniaaaaa_ – semoga semua penat lelah & pengorbanan dalam perjuangan mencari nafkah untuk kami dibalas dengan syurga @normanhakim_786,” tulisnya menerusi pautan asal anak tersayang.
A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on Sep 19, 2019 at 3:54pm PDT
Norman dan Memey mendirikan rumah tangga pada 2011. Pasangan ini dikurniakan dua anak lelaki, Muhammad Darwisz Hakim, 6, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 4.
Menerusi perkahwinan terdahulu Norman dengan Abby Abadi memiliki tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 11.
Foto : Instagram Norman Hakim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Untuk menjadi seorang wanita yang berjaya bukan satu perkara yang mudah dan memerlukan semangat kecekalan yang tinggi.
Pelakon, Nur Fasha Sandha Hassan atau gemar dengan panggilan Fasha Sandha ada memberi nasihat di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, ibu kepada dua orang cahaya mata itu berkata sebagai seorang wanita haruslah sentiasa berusaha untuk terus berjaya.
Malah, isteri kepada pelakon Aidil Aziz ini turut menasihati kepada semua wanita di luar sana untuk sentiasa kuat untuk mengapai kejayaan.
“Assalamualaikum kesayanganku Jadilah wanita yang dipandang tinggi,
Teruskan usaha agar terus berjaya.Jadi wanita harus kuat,Jangan tunjuk kita lemah.
“Thank You @v_hijrah DS @vieshantiekhan for this beautiful and super comfy khimar #astro #series,” tulisnya.
A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on
Untuk rekod, Fasha sebelum ini pernah berkahwin bersama Jejai pada 27 April 2012 sebelum berpisah pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Putra Rayfal berusia 5 tahun dan Putri Raysha Jemyma, 4.
Selepas itu, Fasha mendirikan rumah tangga bersama Aidil pada 30 Mac yang lalu.
Foto: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

