[VIDEO] Gara-Gara Kereta Rosak Setiap Bulan, Instafamous Hafiz Mahamad Hadiah Kereta Buat Si Ibu. Siap Bayar Cash!

Share

Sesungguhnya syurga itu dibawah telapak kaki ibu.

Jadi, sebagai mahu membalas jasa ibu, Instafamous Hafiz Mahamad telah membuat kejuan buat ibu tercinta.

Malah, usahawan itu juga merakam detik terindah dengan menutup mata ibunya, lalu memberi kejutan sebuah kereta, model Mazda.

“Surprise untuk MAMA..Dari kecik nak ucap perkataan sayang tu malu, anak lelaki mmg mcmni la kot. Tapi sampai bila? Aku tak nak menyesal bila kehilangan dia nanti, aku nak buat yg terbaik untuk MAMA,” tulisnya.

Malah, Hafiz turut merakam perbualannya dengan jurujual kereta dan menjelaskan bahawa dia membeli kereta itu secara tunai (cash).

Sebelum ini, Hafiz bersama isteri telah mewakafkan van jenazah kepada Masjid Penambang pada 30 Mac lalu, khusus bagi kemudahan penduduk setempat. 

Video : IG Hafiz

IKLAN