“Hari ni adik tunggu grab, tapi abang grab tu lambat.”

Itulah kata-kata yang telah membuatkan ramai netizen marah dan meluat terhadap satu video yang sedang viral di sosial media semalam.

Dengan cara percakapan, intonasi dan gerakan badan digunakan membuatkan dirinya terus menjadi bahan perhatian.

Video ‘Gadis Manja’ Sebab Grab Lambat Dikecam

MH Online difahamkan gadis ini sedih kerana pemandu grabnya lambat tiba. Malah, gadis yang dilabelkan sebagai ‘gedik’ oleh sesetengah netizen ini juga memberitahu dia dimarahi oleh pemandu tersebut kerana dikatakan memberi lokasi yang salah walaupun sebenarnya itu kesalahan pemandu sendiri.

IKLAN

“Abang grab tu lambat adik tunggu dia punyalah lama abang kenapa lambat? Abang tak kesian kat adik ke? Adik dah lah tunggu abang lama sangat.

 

“Lepastu Abang dah la salah tempat. Adik dah bagi location tapi abang sendiri salah lepastu abang marah dekat adik kenapa bang? Sampai hati abang, tahu lah abang tak suka adik ke?” soalnya secara manja dalam sebuah rakaman video.

Video ‘Gadis Manja’ Sebab Grab Lambat Dikecam

Malah, gadis bertudung pink ini juga sempat memohon untuk tidak dimarahi lagi dan berkata terpaksa menggunakan khidmat tersebut kerana tiada kemudahan pengangkutan.

IKLAN

“Abang jangan lah marah-marah adik ya, adik nak pakai grab sebab adik tak ada transport. Kalau adik ada transport, adik dah tak naik grab. Nanti abang pulak yang rugi,” katanya lagi.

Malah secara ‘manja’ gadis ini turut meminta pemandu tersebut untuk tidak menunjukan muka yang masam sebaliknya meminta dia senyum sebaik tiba nanti.

IKLAN

Video yang berdurasi 1:16 minit ini telah mendapat banyak respons daripada netizen dan rata-rata mereka terutamanya perempuan membenci tindakan perakam tersebut serta menganggap gadis ini hanya memalukan diri sahaja.

Video ‘Gadis Manja’ Sebab Grab Lambat Dikecam Video ‘Gadis Manja’ Sebab Grab Lambat Dikecam Video ‘Gadis Manja’ Sebab Grab Lambat Dikecam Video ‘Gadis Manja’ Sebab Grab Lambat Dikecam Video ‘Gadis Manja’ Sebab Grab Lambat Dikecam Video ‘Gadis Manja’ Sebab Grab Lambat Dikecam Video ‘Gadis Manja’ Sebab Grab Lambat Dikecam

Nah, ini dia video yang menjadi perbualan hangat masa kini. Tetapi bagi MH Online mungkin gadis ini hanya sekadar bergurau dan tiada maksud apa-apa.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI