Pelakon Fify Azmi telah menjalani beberapa latihan fizikal demi menjayakan watak sebagai Zain dalam filem Wira.
Fify yang juga finalis Dewi Remaja 2014/2015 ada berkongsi video yang memaparkan latihan yang dilakukan, namun dia telah mengalami sedikit kecederaan di bahagian lehernya.
Video yang telah disunting dengan menggunakan teknik perlahan (slow-mo) melihatkan bahagian leher finalis Dewi Remaja 2014/15 itu sedikit terkehel dan bahagian mukanya dihempas kuat ke lantai.
Lalu, netizen memberikan komen yang pelbagai terhadap video berkenaan.
Ads
Malah, ada juga yang mengambil berat terhadap latihan yang dilakukan Fify itu.
Ads
Terdahulu, Fify yang terkenal dengan rambut panjang dan bersifat feminin, terpaksa mengorbankan rambutnya bagi menjayakan watak Zain dalam filem Wira arahan Adrian Teh.
Video : IG Fify Azmi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Terbaru, pelawak Datuk Afdlin Shauki telah memuat naik sekeping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.
Menerusi posting tersebut, pelawak berusia 47 tahun itu telah mengimbau gambar dirinya saat bergelar penyampai anugerah ketika dia di usia muda.
“ye dik, abang pernah SeDenyut Kacak ni dahulu.. klau uolls tau, masa ni majlis anugerah apa?? (walaupun sy dah berbini ms ni tp sy xbw dia naik stage skali..yela bz kat umah jg anak)”tulisnya.
Semakin bulat dan comel. Itu yang dapat diungkap apabila menatap foto Adithya Jabbar iaitu permata hati kesayangan gitaris, Rody Kristal dan penjaga gol kebangsaan Niena Azman.
Genap tiga bulan pada hari ini, Adithya dilihat semakin membesar dengan sihat dan baik.
Jadi, jom lihat transformasi Adithya yang dilahirkan secara normal ini.
Terbaru, pelakon dan pengarah Datuk Hans Isaac telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Hans Isaac atau nama sebenar Gerald Hans Isaac telah berkongsi berita gembira apabila dia telah dilantik sebagai pengerusi FINAS yang baharu oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), hari ini.
“Setelah lebih 25 tahun berkecimpung di dalam industri filem dan seni negara, saya dengan rasa rendah diri bersedia untuk menerima jawatan yang dipertanggungjawabkan kepada saya oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia.”
“Untuk dua tahun yang akan datang, saya akan memberikan usaha yang terbaik demi melaksanakan tugas dan kewajipan saya.”
“Keutamaan saya adalah kebajikan dan kesejahteraan rakan-rakan industri dan pengamal seni yang lain di samping berusaha menaikkan kualiti filem dan hasil seni tanah air.”
“Harapan saya, masih sama, adalah supaya FINAS menjadi sebuah pertubuhan profesional, bukan politikal, dan telus supaya ia dapat bertahan dan membawa lebih manfaat kepada semua pengamal industri.”
“Saya amat teruja dan sudah bersiap sedia untuk meneruskan perjuangan ini dan berganding tangan dengan CEO baharu FINAS, Ahmad Idham, serta ahli lembaga yang lain.Salam hormat, Dato’ Hans Isaac Pengerusi FINAS”tulisnya.
Spekulasi mengenai tarikh kahwin Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama penyanyi dan pelakon, Bella Astillah kembali diperkatakan warganet apabila tular sekeping gambar yang mendakwa...