Categories: Uncategorized

[VIDEO] “Excited Betul Budak-Budak Ni,”- Sebab Teruja, Pelajar Sekolah Agama Berebut Mahu Salam Awie!

Share

Rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi bintang tanah air, Awie yang merupakan vokalis kumpulan Wings.

Baru-baru ini, Datuk Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman telah beramah mesra dengan pelajar dari Sekolah Agama Kalumpang, Hulu Selangor.

Menerusi video tersebut, pelajar itu sangat teruja berjumpa dengan bintang yang popular dengan lagu Tragedi Oktober, Nur Nilam Sari dan banyak lagi ini.

Serentak dengan itu, netizen telah memberi komen pada video tersebut dan memuji sikap Awie yang rendah diri dan ramah mesra dengan pelajar.

Wah! Tak sangka dari orang dewasa sampai kanak-kanak sekolah rendah pun kenal dengan bintang ni kan.

Apa-apa pun, respect dengan Awie kerana sanggup ‘melayan’ anak-anak ini.

Video : Instagram  Awie

IKLAN