[VIDEO] Elfira Sambut ‘Birthday’ Suami, Siap Rai Dengan ‘Fireworks’ Depan Rumah. Meriahnya!

Share

Semalam, Elfira atau nama sebenarnya, Nurul Elfira Loy telah menyambut hari kelahiran suaminya, Faris Anuar.

Turut dirai ialah hari jadi model, Rita Nadira yang juga teman rapat kepada adiknya, Ezzrin Loy.

Menariknya, bintang berkenaan dilihat meraikan sambutan ulang tahun keduanya dengan cara tersendiri, iaitu dengan ‘pertunjukan bunga api’, sesuai dengan mood raya yang masih disambut.

“Happy Birthday again , @fariskanuar . Nah hadiah fireworks , exclusive depan rumah untuk awak. Best Raya so far, ” tulisnya.

Malah, momen sama turut dikongsikan bakal ibu ini menerusi Insta Stories.

Lantas, perkongsian Elfira telah menjadi perhatian peminatnya.

Rata-rata peminat telah memuji pasangan ini yang kelihatan sangat ‘sweet’ dan romantik menerusi ruangan kapsyen.

Untuk rekod, Elfira mendirikan rumah tangga bersama suaminya Muhd Faris Khairol Anuar pada 1 Januari yang lalu.

Video : Instagram Elfira Loy

IKLAN