Baru-baru ini heboh kontroversi yang sekali lagi melibatkan nama seorang Instafamous, Faiz Roslan berhubung video livenya yang mengakui dirinya tidak berpuasa tersebar di internet.

Video tersebut benar-benar menarik perhatian ramai pihak dan kecaman demi kecaman dicampakkan kepada Faiz atas pengakuannya itu.

Golongan selebriti juga turut meluahkan rasa kecewa dan marah dengan Instafamous tersebut dan semalam Mufti Wilayah Persekutuan, Datul Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri juga turut memberi respon terhadap isu Faiz ini.

Dalam pada itu, MH tertarik dengan sebuah video parody Faiz yang daripada penyampai radio popular, Jaa Suzuran.

Video parody tersebut dikongsikan oleh Jaa menerusi akaun Instagramnya. Tak dapat dinafikan video tersebut membuat ramai netizen terhibur melihat aksinya meniru gaya Faiz namun begitu, dalam lawak ada terselit mesej tersirat yang disampaikan oleh Jaa.

IKLAN

A post shared by Jaa ERA (@jaasuzuran) on

“Saya sedar saya siapa ☹ #JaaWoslan,” tulisnya di ruang kapsyen video yang dikongsikan.

Di ruang komen pula penuh dengan gelak tawa daripada netizen.

IKLAN

acergam: Hahahah eh tiber hahah eh tiber eh tiber???

__terree: PECAH HABESS HAAHHAHHAHAHHAHHAHAHAH

IKLAN

maiashahimi: Hhahahhaha masuk air la mung ni @jaasuzuran . Part ehhh tiber tu rasa nk cili2 je. Annoying pulakkkk

__syhmie: Sumpah xbleh move. Deep teruks. Hahah kelakar dia pun teruks. Ehh tibeee. Cam bodoh jer hahaha.. Nice video. Penyampaian yg penuh dan ckup bermakna. Ehhb tibee..

Aduh pecah perut MH ketawa melihat Jaa meniru gaya Faiz yang boleh dikatakan menjadi. Apapun, MH harap mesej yang disampaikan oleh Jaa dalam videonya ini dapat dijadikan contoh oleh semua.

Sumber: Instagram Jaa Suzuran

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI