[VIDEO] “Daya Ingatan Dia Tajam, Lidah Lembut,” – Baru 21 Hari Peluk Islam, Datin Rebecca Gigih Didik Pembantu Rumahnya, Seorang Mualaf

Share

Pelakon dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al Islam ada berkongsi video yang melihatkan pembantu rumahnya, Siti Maryam membaca surah Al-Fatihah.

Menariknya, Maryam baru sahaja memeluk Islam awal bulan ini dan dia berjaya menghafal ayat suci Al-Quran itu.

“Alhamdulillah Syukur Ya Allah,SubahanaAllah…Maha Besar Allah,,,”Allah SWT Memberi Merry @ Siti Maryam Daya Ingatan Yg Begitu Tajam,Dan Lidah Yg Lembut Alhamdulillah Utk Membaca Dan Mengingati Dan MengHafal Ayat ayat Al-Quran…

“It’s only 4 days,She can read and Hafal Al-Fatihah..

“InsyaAllah Perlahan lahan,Slowly It’s ok…Allah Knows..Lepas Ni InsyaAllah Saya Akan Ajar Dia Ayatul Qursi,” tulis Rebecca.

https://www.instagram.com/rebeccanuralislamahmad/p/BuIV0NJnHHX/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=wt51rov09xc7

Lalu, video tersebut telah menarik perhatian ramai yang melihat kesungguhan mualaf berasal dari Filipina itu untuk lebih mendalami ilmu agama Islam.

Kepada mereka yang mengikuti perkembangan Instagram Rebecca, pastinya dia tidak kekok mendidik Maryam seperti mengambil air wudhu, memakai telekong dengan tepat dan sebagainya.

Video : IG Rebecca Nur Al-Islam

IKLAN