[VIDEO] Dalam Linangan Air Mata, Anak Pengasas Dnars,Iqbar Hakim Pohon Semua Sedekahkan Al-Fatihah

Share

Dukacita dimaklumkan apabila pengasas produk kecantikan Dnars, Faziani Rohban Ahmad,maut dalam kemalangan antara Toyota Estima dengan sebuah lori di Pattani, Thailand, awal hari ini.

Malah, perkara itu dikongsikan anak Allahyarham, Iqbar Hakim yang juga merupakan Pengurus Pemasaran produk kecantikan tersebut.

“Assalamualaikum semua. Saya ada berita sedih..  Saya baru sahaja selepas kehilangan bonda tercinta disebabkan kemalangan jalan raya.  Saya dalam perjalanan pulang ke kampung..

“So kpd semua tolong sedekahkan Al-Fatihah buat arwah bonda saya,” katanya sebak.

Video tersebut dirakam Iqbar yang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman.

Difahamkan, Allahyarham,39 tahun dalam perjalanan untuk memberi sumbangan kepada anak-anak yatim.

Terdahulu, Allahyarham telah menunaikan umrah di Mekah, kira-kira tiga hari lalu.

Kemudiam Allahyarham difahamkan berangkat ke Jakarta untuk berbuka puasa bersama anak yatim.

Video : Iqbar Hakim

IKLAN