[VIDEO] “Comel & Bijak Lah Ammara Sofea Ni,”- Fasih Cakap Inggeris, Anak Eira Syazira Buat Netizen Kagum. Siap Reviu Produk!

Share

Kepetahan anak selebriti Eira Syazira dan Azad Jazmin iaitu Amarra Sofea Rose berkomunikasi dalam bahasa Inggeris sering mendapat perhatian ramai.

Amarra atau mesra dengan panggilan Arra baru-baru ini telah berkongsi beberapa video yang memaparkan dia sedang melakukan reviu untuk suatu produk.

Selain fasih berbahasa Inggeris, Arra juga bijak melakukan mimik muka ketika membuat reviu produk berkenaan. 

Susulan itu, kanak-kanak berusia lima tahun itu telah mendapat pujian netizen kerana kepetahannya bercakap bahasa antarabangsa itu dengan lancar. 

Azad dan Eira telah mendirikan rumah tangga  pada 16 September 2011 dan dikurniakan tiga orang anak perempuan iaitu Amarra Sofea Rose,4 tahun, Ameisya Leann Rose,2 tahun dan Areisya Suri Rose,9 bulan.

IKLAN