[VIDEO] “Boh Skuter Model Apa?,” – Bukan Sembarang, Amy Search Sempoi Tunggang Vespa Edisi Khas Dari Emporio Armani!

Share

Bintang rock legenda, Amy Search mencuri perhatian netizen apabila dengan selambanya menaiki vespa menuju ke program MAHA 2018 yang kini sedang rancang berlangsung.

Amy memuat naik video perjalanannya ke lokasi berkenaan di Instagram, awal hari ini.

“Caught in the act? on the way to,” tulis Amy sambil disusuli dengan tanda palang #Maha2018my #amysearch#phewiiit #bdkbakobatu #bdkjohor.

Dalam ramai yang memuji gaya sempoi penyanyi ini, ramai yang yang teruja melihat model vespa yang dibawa Amy. Jangan tidak tahu, vespa rona hitam yang ditunggang Amy bukan model calang-calang.

Ia merupakan model terhad dari hasil gabungan dua ikon jenama dunia, Vespa dan Emporio Armani yang bersatu menghasilkan sebuah vespa yang trendy dan hip!

Malah, Amy turut memberitahu model vespanya terhadap salah satu komen.

“@riangriangrimba Vespa Emporio Armani,” balasnya.

Khabarnya, vespa tersebut juga bernilai puluhan ribu ringgit, selain mempunyai beberapa ciri khas lain seperti tempat duduk tunggal yang disaluti kulit.

Malah, badan skuter ini dijuga dicat dalam rona hitam matte lengkap dengan  panel LCD.

Foto: Instagram Amy Seacrh / carian Google

IKLAN