[VIDEO] Bila ‘Drama’ Di Belakang Lagi Havoc Dari Amy Search…Eh, Kenapa Tu?

Share

Tular di media sosial hari ini apabila penyanyi rock, Amy Search dilihat ‘cool’ dan bersahaja apabila melintasi pasangan bergaduh di sebuah kedai makan di Pulau Pinang.

Menerusi perkongsian Twitter oleh @MEAJ94, video berdurasi 16 saat itu memaparkan aksi selamba Amy yang baru sahaja membayar bil makanan, lalu keluar dari kedai berkenaan.

Bagaimanapun, sejurus penyanyi lagu Isebella itu berlalu dari premis berkenaan, ‘drama aksi’ bermula.

Difahamkan menerusi komen, pasangan anak beranak ini bergaduh lalu membaling gelas sehingga pecah mengenai pelanggan yang lain.

Amy yang hanya memakai singlet berwarna hitam nampak tenang dan tidak mengambil kisah akan pergaduhan yang berlaku.

Menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen telah memberikan pendapat masing-masing terhadap video tersebut.

Dalam perkembangan lain, Amy kini sedang bercuti bersama keluarga di Pulau Pinang.

Aduhai, mujur sahaja Amy sempat keluar dari premis berkenaan, kalau tidak, tidak pasal-pasal dia turut terlibat sekali dalam ‘drama’ sebabak itu.

 

 

IKLAN