[VIDEO] Bila Ayda Jebat Nyanyi Lagu Celine Dion, Power Habis!

Share

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat telah memuat naik satu video di akaun Instagram miliknya.

Menariknya, video tersebut memaparkan penyanyi berusia 27 tahun itu mempersembahkan lagu ‘My Heart Will Go On’ nyanyian Celine Dion di Annual Dinner 2018 anjuran Alha Alfa Cosmetics di Hotel Majestic, semalam.

“Thank you for tonight! Congrats and see you again and again abang Alha! @buzzingmalaysia
Who’s excited for my new ballad song? #AydaJebat #AJscreamer #AreYouReadyAJS” tulisnya.

Lantas, perkongsian Ayda bersama peminatnya itu telah menjadi perhatian pengikutnya di laman media sosial Instagram.

Lalu, peminat turut memuji penyanyi yang berasal dari Ayer Keroh, Melaka itu kerana menyanyikan lagu penyanyi antarabangsa itu dengan baik.

Malah, ramai yang tidak menyangka penyanyi tersebut mampu membawa lagu bernada tinggi secara langsung.

Hebat betul Ayda menyanyikan lagu bergenre balada. Power habis!

Video : Instagram Ayda Jebat

IKLAN