Sejurus ditempelak sesetengah netizen yang memperkatakan mengenai penampilannya yang kurang sesuai saat memberikan ceramah motivasi baru-baru ini, Janna Nick menerima dengan baik terhadap teguran yang diterimanya.
Malah, bintang berusia 24 tahun ini secara profesional turut memohon maaf atas kesilapannya yang andai dikatakan kurang peka dalam memilih pakaian berdasarkan situasi.
“Silap saya. Saya akan perbaiki kalau ada lagi undangan untuk memberikan ceramah seumpama itu. Akan datang saya akan pakai pakaian yang lebih bersesuaian. Mungkin itu adalah yang pertama dan rasa itu adalah kesilapan sendiri.
“Ya saya akui kesilapan saya. Kadang-kadang kita tidak sedar apabila ditegur barulah kita tahu. Kalau mereka tidak tegur mungkin saya tidak akan tahu kesilapan saya. Saya kena terima,” katanya jujur kepada MH.
Pada masa sama, bintang Cari Aku Di Syurga ini juga akhirnya sedar untuk menyampaikan sesuatu dalam majlis berbentuk ilmu, dia perlu menjaga serba-serbi termasuk dalam hal penampilan.
“Nak menyampaikan satu benda yang ilmiah ni kita pun kenalah dalam keadaan yang sopan. Sebabnya kita nak sampaikan kepada umum di mana persepsi yang yang melihatnya berbeza-beza.
“Jadi untuk menyenangi mata semua orang, kenalah ikut kehendak ramai. Untuk kali yang seterusnya saya akan berpakaian yang lebih sopan,” jelasnya lagi.
Ditanya sama ada dia sudah serik untuk memberikan ceramah atas kritikan yang dilemparkan terhadapnya baru-baru ini, Janna ada jawapan sendiri.
“Saya rasa tak akan putus asa untuk menyampaikan ilmu atau berkongsi sebabnya saya lakukan ikhlas dan segala kesilapan yang kecil itu saya cuba untuk elakkan lagi pada masa depan,” terangnya ringkas.
Sebelum ini, Janna ada berkongsi sedutan video dirinya sedang memberikan ceramah motivasi selain berkongsi pengalaman yang sudahpun gigih mencari rezeki sendiri sejak berusia 14 tahun lagi.
Meski ramai yang memuji perkongsian Janna yang disifatkan memberi inspirasi dan bermanfaat, namun ada juga yang menilai sisi negatif terhadap apa yang dipakainya ketika itu.
Terdahulu, Janna ditemui ketika sidang media teater Malayu – Pawana Isabella di Bilik Nilam Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Khamis.
Selain Janna, teater arahan pengarah Erma Fatima bersama Naque Ariffin itu turut dibintangi Syafiq Kyle, Johan Raja Lawak, Datuk Afdlin Shauki dan Azar Azmi dan ramai lagi.
Teater fiksyen bangsawan ini akan mula ditayangkan bermula 21 Ogos ini di Istana Budaya.
Kanak-kanak cilik, Yusuf Iskandar kali ini tampil dengan aksinya yang mencuri perhatian ramai.
Kisahnya, Hairul Azreen sedang merakam video secara diam-diam aksi Yusuf yang jalan ‘senget’ apabila dipanggil Hanis Zalikha untuk mengambil barang di dalam beg.
Namun, Yusuf sudah pun memakai kasut.
Gara-gara tidak mahu mengotorkan permaidani di bahagian ruang tamu, Yusuf ada cara tersendiri dengan cara berjalan ‘senget’.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan aksi lucu yang dilakukan Yusuf dengan cara spontan.
Untuk rekod, Hanis mendirikan rumah tangga bersama Hairul Azreen pada Jun 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata Yusuf Iskandar, 2 tahun dan Alisa Aisyah, 2 bulan.
Anugerah Akademi ke-98 (Oscar) yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat, siang tadi menyaksikan malam penuh gemilang buat filem One Battle After Another apabila muncul sebagai pemenang terbesar seterusnya