[VIDEO] “Beraninya Naik Tangga Tengah Pregnant,” – Kata Netizen Bila Shima Anuar ‘Turun Naik Tangga’ Pasang Langsir

Share

Aduhai…ramai yang risau dan tak kurang yang kagum apabila menonton gelagat pelakon, Shima Anuar yang gigih pasang langsir baru sempena raya meski sedang sarat hamil enam bulan.

Apa tidaknya, video yang dikongsikan menerusi Instagram milik bintang itu merakamkan aksinya yang memasang langsing dengan menggunakan tangga.

Diringi lagu Selamat Hari Raya dendangan biduanita Allahyarhamah Puan Sri Saloma, Shima yang mengenakan gaun senteng dilihat beberapa kali naik turun tangga bagi menyiapkan proses pemasangan langsir.

Lalu di ruangan komen, para peminat seakan tidak percaya lalu meninggalkan komen pelbagai terhadap video bintang Highland Tower tersebut.

“Selamat Hari Raya.Hahaha,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen video tersebut.

Terdahulu, Shima dan suaminya, Mohd Solih Toha mendirikan rumah tangga pada 8 April 2017 dan dikurniakan seorang cahya mata.

Foto: Instagram Shima Anuar

IKLAN