Uncategorized

[VIDEO] ‘Berambus Dari Rumah Ni, Pantang Aku Maid Tinggi Suara Kat Mak Aku’ – Umie Aida

Share

Sebagai seorang anak pastinya kita akan berasa marah jika ibu kita ditengking atau dimarah oleh orang lain.

Mana taknya, ibu kita yang melahirkan dan membesarkan kita pastinya perasaan seeorang anak itu terguris bila ada orang yang bercakap meninggi suara dengannya.

Baru-baru ini MH ada terlihat perkongsian daripada pelakon popular, Datin Seri Umie Aida telah meluahkan rasa marah kepada pembantu rumahnya di Insta Storiesnya yang meninggikan suara terhadap ibunya.

Terdapat lagi satu perkongsiannya yang berkata, hidupnya lebih tenang tiada pembantu yang berlagak seperti seorang bos.

 

Kalau MH berada di tempat Umie juga pasti MH akan berasa marah jika melihat ada orang yang bersikap kurang ajar dengannya.

Bagi MH perkara ini juga dapat diambil iktibar oleh semua supaya sentiasa menghormati orang yang lebih tua. Bukan sahaja pembantu rumah malah sebagai seorang anak juga kita harus sentiasa menjaga tutur kata apabila bercakap dengan orang tua.

Ingat ya semua syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Jagalah hatinya selagi dia masih bernafas di dunia ini.

Sumber: Instagram Umie Aida

IKLAN