Pelakon drama yang sinonim menerusi drama bersiri Mak Cun, Balkisyh mengakui selama ini dia terpaksa menyembunyikan penderitaan sepanjang 11 tahun perkahwinan dengan bekas suami.

Balkisyh atau nama sebenarnya, Balkisyh Semundur Khan, 31, turut meminta maaf kepada pihak media kerana tidak terlalu terbuka di dalam berkongsi apa sebenarnya yang berlaku sebelum ini.

“Saya memang merahsiakan, minta maaf sangat kepada semua media. Kalau boleh masa kami belum ada apa-apa perpisahan, saya cuba untuk pertahankan supaya tak ada rasa sakit hati antara kami.

 

“Apa yang boleh saya kongsikan, janganlah jadi seorang wanita yang walau dilakukan apa sekalipun, tampil ke depan. Kalau orang lain, walau pun dijentik bersuaralah. Jangan jadi macam pengalaman beberapa orang yang penah saya jumpa,” katanya.

Pada masa sama, dia juga masih cuba untuk menjadi wanita terbaik, meski berhadapan dengan pelbagai dugaan sepanjang 11 tahun berkahwin.

“Survivalnya saya selama 11 tahun dan hinggalah saya berpisah dengan bekas suami, saya masih cuba jadi yang sebaiknya. Kalau nak dikongsikan sangat sedih dan dramatik. Tapi kekuatan saya juga pada anak-anak dalam teruskan hidup,” kongsinya lagi.

 

“Saya teruskan hidup jadi peniaga sampai di satu tahap, saya bukan artis, saya peniaga yang biasa-biasa. Jadi rezeki yang saya ada sekarang adalah sokongan peminat,” jelas Balkisyh.

Malah lebih menyedihkan, pelakon ini juga memberitahu dia turut terpisah dengan pihak luar kerana telefonnya di rampas selain tinggal bersendirian.

IKLAN

“Mula saja perpisahan, telefon saya dirampas, nombor telefon dirampas dan saya terputus hubungan dengan rakan dan dunia penggambaran. Saya di Kuala Lumpur atau di Semenanjung, saya ialah wanita yang keseorangan. Tanpa keluarga dan saudara. Hanya ada kawan-kawan  tetapi setelah berumah tangga saya tinggal semua orang. Begitu juga dengan kehidupan sebagai selebriti,” terangnya panjang lebar.

Pelakon  tersebut juga turut membuat penjelasan mengenai video viral beberapa bulan lalu yang menyaksikan aksinya bergaduh serta ada adegan menendang bekas suami di sebuah lokasi awam.

“Benda tu jadi pada 13 Julai lalu, hari saya menyambut ulang tahun kelahiran. Sebenarnya, ketika kejadian itu berlaku, saya sudah hilang sabar sebab dia ada suarakan rasa tak berpuas hati dengan hak penjagaan anak.

 

“Bagaimanapun, ada perkara lain yang dia mahu lakukan. Dia ingin merakam video. Ketika itu, dia membawa dokumen mahkamah serta mahu mengambil anak-anak.

 

“Tindakannya itu membuatkan saya tidak percaya dan sebab itulah menghalangnya,” jelas Balkisyh ketika ditemui di majlis pelancaran drama Cintaku Di Bumi Izmir di D’Tahta i-City, Shah Alam pada Selasa.

Mengambil beberapa lokasi menarik di Turki sebagai lokasinya, karya ini dibawa cemerlang Hefny Sahad dan Raysha Rizrose.

IKLAN

Turut sama terlibat di dalam drama berkenaan ialah Nabila Razali dan Syafie Naswip. Diterbitkan oleh Creative Skill Solution, Cintaku Di Bumi Izmir bersiaran setiap Isnin dan Selasa jam 9.00 malam di HyppSensasi (Unifi TV saluran 116).

Ikuti sedutan video temu bual MH bersamanya.

IKLAN

Foto: Sumber Google

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI