[VIDEO] “Bagusnya Abil, Nak Tidur Pun Masih Pakai ‘Blusher’ Untuk Suami.”

Share

Baru-baru ini, pelakon versatil Nabila Huda atau gemar dengan panggilan Abil ada memuat naik satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.

Menariknya, rakaman video tersebut memaparkan gelagat Abil yang menghiburkan ketika dia mencuci ‘make-up’ diwajahnya.

“beYoutiFool is Pain…,” tulisnya.

Kongsi Abil, dia akan bersolek dan memakai minyak wangi untuk suaminya sebelum masuk tidur.

Lalu, perkongsian anak kepada kepada bintang rock Amy Search ini telah menjadi perhatian netizen.

Rata-ratanya berasa terhibur apabila menonton perkongsian bintang filem Munafik ini.

“Hahahaha tak pernah kecewa tgk abil nye gelagat. Drama tak drama but she got the point. Thanks abil,

“Bgus nye u ni abil.. nak tido pon still pakai blusher utk ur hubby.. kne try laa camni.. byk pahala u klo ramai org follow, “ tulis netizen.

Video : Instagram Nabila Huda

IKLAN