[Video] Bagi Jebat Jayden Makan ‘Cikedis’, Nabila Minta Awal-Awal Minta ‘Makcik Bawang’ Jangan Kecam Sebab…

Share

Kakak Neelofa yang juga isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila sebentar tadi ada berkongsi keratan video yang merakamkan aksi kandid anak lelakinya, Jebat Jayden sambil mengunyah ‘jajan’.

Lalu, bagai awal-awal tahu postingnya akan menerima pelbagai reaksi di kalangan pengguna Instagram, Nabila menyatakan apa yang diberikan buat anak kecilnya itu sebenarnya merupakan makanan organik.

“Happynya dia dapat makan cikedis 😁 ( ok acik2 bawak bertenang jangan kecam ya ni cikedis organic),” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.

Terdahulu, Jebat Jayden terpaksa menjalani pembedahan sebelum Syawal lalu selepas anaknya mengalami masalah jangkitan saluran kencing sejak beberapa bulan lalu, hingga menyebabkan terpaksa berulang-alik menjalani rawatan di hospital.

Foto: Instagram Noor Nabila

IKLAN