[VIDEO] “Awas! Jangan Tiru Aksi Mereka,” – Pesan Anzalna Nasir

Share

Pelakon Anzalna Nasir ada merakam video apabila suaminya, Hanif Zaki dan rakannya sedang mengendong bayi masing-masing.

Kongsi Anzalna, begitulah cara para suami menjaga anak.

“Cara bapak-bapak tidurkan anak. Susah kalau dapat bapak gila! Muntah terus budak tu! hahaha.

“Semua berkumpul dalam bilik sebab nak tidurkan anak. #AwasJanganTiruAksiMereka,” tulis Anzalna.

Lalu, netizen terhibur dengan cara mereka tidurkan anak masing-masing.

Nyata, pengalaman pertama menjadi seorang bapa pastinya sedikit kekok buat Hanif.

Tanggal 31 Mei lalu, pasangan ini dikurniakan bayi lelaki, Mohamad Eidrees selepas hasil perkahwinan selama tiga tahun iaitu pada 1 Februari 2016.

Video/Foto : Instagram Anzalna Nasir

IKLAN