Vokalnya memukau! Itu yang boleh MH simpulkan menerusi persembahan lebih dua jam penyanyi, Siti Sarah Raisuddin kala membuat persembahan eksklusifnya di Dewan Tunku Abdul Rahman (Matic), Tourism Malaysia, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Persembahan yang diiring pasukan muzik pimpinan Loke Yew nyata memberi ruang terbaik buat penyanyi ini untuk membuktikan kredibiliti sebagai penyanyi nada tinggi, meski sebelum ini dia pernah terhimpit dengan konflik suara selepas melahirkan cahaya mata.

[VIDEO] “Allah Pernah Tarik Nikmat Suara, Tetapi Dia Anugerahkan Sisi Lain Yang…,” – Sarah Raisuddin

Berkongsi mengenai pengalaman berkenaan, Sarah mengakui perjalanan dariNya cukup indah, apatah lagi persembahan kali ini adalah yang pertama selepas lapan tahun tidak melakukan persembahan di hadapan peminat dalam skala besar.

IKLAN

“Saya pernah berdepan dengan ujian seberat itu. Bila hilangnya suara, saya memang rasa tertekan, betul-betul terasa. Apa pun, saya cuba muhasabah diri. Mungkin ini adalah suatu hikmah dan pengajaran atas apa yang saya lakukan sebelum ini.

 

“Akan tetapi, situasi tersebut banyak mengajar. Allah pernah tarik nikmat suara, tetapi Dia anugerahkan sisi lain yang lebih bermakna. Kalau tidak boleh menyayikan lagu dalam nada tertentu, mengapa tidak untuk nyanyikan lagu dengan emosi, penghayatan. Itu akan membuatkan ia lebih dekat,” katanya kepada MH.

Sarah ditemui media sejurus selesai mengalunkan lebih 20 buah lagu pada Showcase Siti Sarah, ditemani suami, Shuib Sepahtu.

Ditanya mengenai kenyataan dirinya lebih selesa menyanyi dalam posisi duduk selepas melahirkan cahaya mata ketiga, penyanyi yang sinonim dengan lagu Kesetiaan dan Tinggalkan Diriku itu tidak boleh memberikan penjelasan yang konkrit.

[VIDEO] “Allah Pernah Tarik Nikmat Suara, Tetapi Dia Anugerahkan Sisi Lain Yang…,” – Sarah Raisuddin

IKLAN

Sebaliknya, dia mengakui rasa lebih selesa dan mungkin ia antara caranya untuk kawal pernafasan.

“Saya sendiri tidak tahu mengapa. Cuma rasanya sekarang bila menyanyi secara duduk, saya lebih selesa, mudah untuk saya kawal pernafasan agaknya,” jelas Sarah yang turut menjelaskan, penampilannya yang menutup kepala pada malam itu adalah atas kerelaan diri.

 

“Sudah saya jelaskan sebelum ini, penampilan ini adalah iklhas dari hati sejak pulang mengerjakan umrah. Saya masih lagi belajar secara perlahan-lalan. Doakan saya untuk terus istiqamah,” kongsinya yang mengenakan khidmat Didi sebagai penggaya tudung pada malam itu.

Sarah menutup persembahan dengan single terkininya, Semakin dan ikuti beberapa momen menarik showcase tersebut menerusi live FB MH!

IKLAN

Its Siti Sarah Showcase is onz!!

Posted by MEDIA HIBURAN on Friday, 6 July 2018

Wow!!!! Vokal hebat bapa Sarah, Raissuddin Hamzah

Posted by MEDIA HIBURAN on Friday, 6 July 2018

Foto : Instagram Sarah Raisuddin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI