Enam bomba lemas ketika operasi menyelamat seorang remaja lelaki berusia 17 tahun di sebuah lombong di Puchong semalam.

Menerusi laporan Harian Metro, operasi menyelamat itu gagal disebabkan arus deras yang datang secara tiba-tiba menyebabkan kesemua anggota bomba terbelit tali.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali, keenam-enam anggota berkenaan disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik di lokasi kejadian.

Dalam pada itu, video saat-saat terakhir anggota bomba berkenaan turut dikongsikan di laman media sosial.

Manakala di laman Twitter pula dipenuhi dengan ucapan takziah dan titipan doa rakyat Malaysia buat keenam-enam anggota bomba tersebut.

“Al-Fatihah”- Berita Pilu Awal Malam Tadi, Rakyat Malaysia Titip Doa Buat 6 Bomba Lemas Dalam Operasi

IKLAN

Enam bomba yang lemas ketika operasi menyelamat remaja di lombong di Puchong dikenal pasti dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang dan BBP Shah Alam.

Empat anggota BBP Pelabuhan Klang adalah Mohd Fatah Hashim, 34: Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25, dan Yahya Ali, 24.

“Al-Fatihah”- Berita Pilu Awal Malam Tadi, Rakyat Malaysia Titip Doa Buat 6 Bomba Lemas Dalam Operasi

IKLAN

Dua lagi, anggota dari BBP Shah Alam iaitu Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.

Solat jenazah diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seksyen 15, Shah Alam, pagi tadi.

Setakat ini, remaja lelaki yang dilaporkan lemas di lokasi tersebut masih belum ditemui.

Foto:Twitter

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI