[VIDEO] “Air Mata Dah Dua Baldi,”- Amyra & Amar Baharin Peluk, Cium Anak Sebelum…

Share

Pasangan selebriti Amyra Rosli dan Amar Baharin terpaksa meninggalkan anak kesayangan, Aqeef Anaqi atas urusan kerja. 

Dalam pada itu, Amar sempat merakam momen perpisahan dengan Aqeef sebelum berangkat ke Prague, Czech Republic.

“I tenung je screen ni xtau nak letak caption apa.. type delete type delete..
Airmata dah dua baldi…haha.. Siapa pernah rasa apa i rasa?,” tulis Amyra. 

Menerusi video berkenaan, bintang popular drama Nur 2 itu tidak dapat menahan perasaan sedihnya apabila terpaksa meninggalkan Aqeeef selama lima hari.

Lalu, netizen dan rakan selebriti turut meninggalkan komen dan memberi kata-kata semangat buat pasangan #AmyrAmar.

Video : IG Amyra Rosli

IKLAN