[VIDEO] “After So Long…,” – Bella Astillah Teruja Dapat Duet Bersama Didie, Kali Terakhir Tujuh Tahun Lalu

Share

Pasangan adik-beradik selebriti, Bella Astillah dan adiknya, Didie Astillah sentiasa mendapat tumpuan ramai.

Baru-baru ini, Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah ada memuat naik sepotong muzik video khas bersempena Hari Raya Aidilfitri.

Malah, video tersebut memaparkan suasana gembira di desa tercinta, duet bersama Didie.

“Alhamdulillah, finally after so long Bella berkesempatan duet dengan adik bella last pun masa kecik2 (adik2 mutiara) @didiastillah and ada SPECIAL APPEARANCE @aydenadrean7 & @aidil_astillah heee Full video will be uploaded soon on YouTube.

“Lagu raya bertajuk “Bersama Di Hari Raya” ciptaan Rosli Ahmad,” tulisnya. 

Kongsi Bella lagi, kali terakhir mereka berduet bersama ketika di zaman kanak-kanak iaitu tujuh tahun lalu, berjudul Tom Tom Bak.

Malah, Bella amat teruja apabila dapat bergandingan bersama adik kesayangannya.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat setengah juta tontonan yang suka akan gandingan dua beradik kelahiran Sabah ini.

MUZIK VIDEO BELLA & DIDIE KETIKA ZAMAN KANAK-KANAK

Video : IG Bella, Youtube

IKLAN