[VIDE0] “Tengok Pun Perit Dah,”- Peminat Seriau, Gerun Tengok Puteri Aishah Tindik Tulang Telinga

Share

Pelakon, Puteri Aishah ada memuat naik satu rakaman video di laman media sosial Instagram miliknya baru-baru ini.

Menariknya, entri berkenaan berkongsi situasi Puteri atau nama sebenarnya Puteri Aishah Sulaiman yang sedang mendapatkan khidmat tindik.

Bekas finalis Dewi Remaja itu sedang melakukan tindik di bahagian tulang telinga kirinya menerusi rakaman video berkenaan.

“yay finally i did it! wohooo! #puteriaishah #piercing,” tulisnya ringkas.

Lantas, perkongsian bintang filem Pulang itu sekaligus menjadi perhatian peminat.

Dalam pada itu, peminat turut meluahkan rasa gerun dan takut apabila menonton perkongsian yang dibuat pelakon berusia 25 tahun itu.

Dalam perkembangan lain, Puteri kini muncul dalam sebuah drama bersiri terbaru berjudul Utusan Cinta Buat Adam yand ditayangkan di TV3.

Pelakon Kamal Adli, Sharifah Sakinah dan Kartina Aziz antara barisan pelakon yang turut terlibat dalam drama tersebut.

Untuk rekod, Puteri dilahirkan pada 6 Jun 1994 di Port Dickson, Negeri Sembilan dan merupakan antara peserta pencarian Dewi Remaja 2014/2015, sezaman Raysha dan Mawar Rashid. 

Foto : Instagram Puteri Aishah 

IKLAN