“Very Inspiring Observing Him,” – Paling Awal Tunai Solat & Curi Masa Baca Quran, Sikap Pak Nil Didedahkan Datin Lisa Surihani Waktu Shooting

Pelakon, Datin Lisa Surihani ada mendedahkan mengenai perangai sebenar pengacara senior, Datuk Aznil Haji Nawawi sewaktu mereka sedang menjalani sesi pengambaran bersama untuk sebuah drama yang akan ditayangkan di Astro tidak lama lagi.

Jelas Lisa, Datuk Aznil akan sentiasa menjadi yang terawal untuk menunaikan solat fardhu dan dia juga akan cuba mencuri masa untuk membaca Al-Quran.

Katanya lagi, dia sebenarnya telah memerhati rutin tersebut sejak beberapa minggu yang lalu lagi.

“Datuk @aznilnawawihm is one of the actors of our production’s @yurekafilms drama series for Astro, and for the past week, I have been observing how he is.

IKLAN

“He is always the earliest to pray the fardhu prayers, and everyday he finds some time during Asr’ to read the Quran. It has been very inspiring observing him,” tulisnya.

Berkongsi kisah menerusi laman Instagram, isteri kepada pelakon dan pengarah, Datuk Yusry Abdul Halim itu turut memaklumkan dia berasa amat terinspirasi bila mengetahui mengenai rutin harian Datuk Aznil itu.

Dalam pada itu, Lisa turut memberi tahu, dia juga sempat untuk bersembang dengan lebih mendalam bersama Datuk Aznil mengenai perjalanan hijrahnya menerusi temubual yang dikongsikan di ruangan IGTV.

“So i decided to steal a short moment with him just to ask him if he could share a little bit of his spiritual journey.

“Thank you Bapak. This means a lot to me and hope it will inspire others too. Barakallahu feekum,” kongsinya lagi.

IKLAN

Video berdurasi hampir 10 minit itu telah meraih hampir 400,000 jumlah tontonan selain turut dihujani ratusan komen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut terinspirasi dengan perkongsian tersebut selain turut meluahkan rasa tidak sabar untuk milihat Datuk Aznil kembali berlakon.

Sumber: Instagram Datin Lisa Surihani & Datuk Aznil Hj Nawawi