Semalam merupakan hari lahir Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad yang ke-93. Jadinya, memang ramai rakyat Malaysia termasuk para selebriti mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran buat pemimpin hebat Malaysia itu.

Tidak terkecuali, Saiful Apek yang turut sama memberi dedikasi terhadap Tun.

Bagaimanapun apa yang menariknya. Apek atau nama lengkapnya, Mohd Saiful Azam Mohamed Yusoff ada berkongsi mengenai pemberitahuan ‘liked’ di Instagram oleh pemimpin negara itu.

Lalu, pelakon Cicakman ini menyatakan rasa terharu beliau kerana kehadirannya masih disedari oleh Mahathir.

IKLAN

“Honored and proud! Walaupun semakin ramai industri dan rakan artis yang dah tak berapa peduli tapi Tun @Chedetofficial still notice me.

“Syukur Alhamdulillah,” tulisnya di Instagram.

Wow! Beruntungnya Apek…Kalau MH di tempat dia pun akan rasa gembira bila pemimpin yang kita hormati menyedari kita kan?

IKLAN

Sebelum ini, Saiful pernah meluahkan kekesalannya mengatakan bahawa dia tidak dihargai oleh orang ramai setelah berapa lama memberikan gelak tawa kepada peminat.

IKLAN

Betuahnya Bila Komen Saiful Apek Dapat Notifikasi ‘Liked by Tun M’!

Namun begitu, para peminat segera menyangkal dakwaan tersebut dengan memberikan komen mengatakan Saiful adalah ‘legend’ dalam dunia lawak tanah air dan masih lagi diingati sehingga kini.

Foto: Carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI