
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mendedahkan dirinya pernah menerima cadangan untuk sengaja melakukan hal-hal negatif demi mencipta kontroversi bagi menaikkan namanya sebagai artis baharu, suatu ketika dahulu.
Bagaimanapun, Uyaina bersyukur kerana dia tetap berpegang teguh dengan pendiriannya untuk tidak sewenang-wenangnya melakukan sesuatu perkara yang boleh membuatkan dirinya berasa tidak selesa.

Kontroversi Demi Populariti?
“Waktu mula-mula saya masuk industri, saya pun disuruh benda yang sama tapi rasanya saya lebih teruk. Mereka suruh saya pergi kelab dan pegang arak.
“Ambil gambar dan kemudian sebarkan gambar itu. Hanya untuk cipta kontroversi. Saya bersyukur tak buat tindakan bodoh,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan oleh bekas pengacara program Wanita Hari Ini itu menerusi sebuah hantaran di aplikasi Thread.
Perkongsian tersebut merupakan respon balas daripada Uyaina terhadap hantaran rakan artis, Adriana Adnan yang menyifatkan perjalanan kerjayanya agak perlahan meskipun sudah genap sepuluh tahun bergiat aktif dalam dunia seni.

Nasihat Ikhlas Buat Adriana
Menerusi hantaran sama, Uyaina turut menasihati Adriana untuk tidak berputus asa dan terus menghasilkan mutu serta kualiti kerja yang baik.

“Tak mengapa Adriana, semua orang ada ruang, perkembangan dan jalan sendiri. Kita hanya buat yang terbaik. Selebihnya rezeki Tuhan.
“Awak di landasan yang betul sekarang. Teruskan melangkah. Saya sentiasa menyokong awak,” kongsinya lagi.
Sebelum itu, Adriana ada berkongsi beberapa hantaran di aplikasi Thread bagi berkongsikan perjalanannya selama 10 tahun bergelar anak seni.

Jelas Adriana, sepanjang tempoh tersebut dia sanggup melakukan pelbagai perubahan termasuk memotong rambut dan menurunkan berat badan demi memenuhi tuntutan watak.
Namun, ada yang berpandangan dia tidak boleh berterusan dilabel sebagai artis yang baik untuk namanya semakin dikenali.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Uyaina Arsyad & Adriana Adnan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




