Selepas diberi kepercayaan mengendalikan sebuah program Indonesia iaitu Aksi Asia, personaliti Malaysia, Uyaina Arshad sekali lagi bakal berulang-alik ke negara itu selama tiga bulan bermula Oktober depan apabila sekali lagi diangkat sebagai hos program realiti terbaru, Liga Dangdut.

Difahamkan, rezeki terpihak itu diterimanya selepas produksi berpuas hati dengan prestasinya sebagai pengacara dalam Aksi Asia.

Menurut Uyaina atau nama sebenarnya Shaidatul Naseha Uyaina Arshad, impiannya untuk melebarkan sayap dalam sebagai pengacara hiburan akhirnya tercapai menerusi Liga Dangdut.

IKLAN

Uyaina Arshad Jadi Hos Malaysia Pertama Program Indonesia, Aksi Asia!

“Terharu dengan pemilihan dan kepercayaan yang diberikan pihak pengurusan atasan produksi di sana, meski masih lagi baru tetapi kepercayaan yang diberikan cukup memberikan semangat untuk berikan yang terbaik,” katanya yang juga merupakan juara pertama Puteri Muslimah Asia. 

Terdahulu, gadis manis berhijab berusia 26 tahun ini juga pernah menjadi hos Nona di TV3 juga merupakan pengacara dari luar Indonesia pertama yang diangkat sebagai hos untuk mengendalikan Aksi Asia.

IKLAN

Uyaina Arshad Jadi Hos Malaysia Pertama Program Indonesia, Aksi Asia!

“Saya adalah pengacara luar pertama. Jadi, banyak mendapat sokongan dan tunjuk ajar daripada rakan pengacara yang lain juga. Pastinya, peluang ini sangat bermakna, segali gus ia menguji kemampuan sebenar saya sebagai pengacara.

 

“Alhamdulillah dengan rezeki ini dan saya berharap ruang di negara sendiri akan terbuka lebih luas selepas ini, InsyaAllah,” kongsinya optimis.

Uyaina Arshad Jadi Hos Malaysia Pertama Program Indonesia, Aksi Asia!

IKLAN

Foto: Instagram Uyaina

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI