Ustazah Shadiya Abbas Meninggal Dunia Akibat Asma

Share

Pendakwah wanita, ustazah Shadiya Abbas telah kembali ke rahmatullah pada pukul 5.05 pagi tadi. Berita duka itu disampaikan pelakon Lisa Surihani menerusi laman Instagram miliknya.

Difahamkan, isteri kepada penceramah agama, ustaz Muhammad Khairul Azman Md Daud itu meninggal dunia akibat penyakit lelah.

“Assalamualaikum wbt, terkejut apabila menerima khabar kepulangan ke Rahmatullah, Ustazah Syadiya Abbas pagi tadi pada 5:05am akibat asma. Saya dan rakan saya @daphneiking hanya terjumpa Allahyarhamah sekali sewaktu penggambaran Girls Day In tahun lepas , tetapi amat terkesan dan cair dgn pembawakannya yang tenang, lemah lembut dan baik hati. Terus rasa sayang kat dia.

😭 Innalillahiwainnailaihirajiun. Allahumarghfirlaha Warhamha Wa’afiha Wa’fu Anha.. Salam takziah buat keluarganya,” kongsi Lisa.

Pendakwah ini meninggalkan dua orang anak, Ahmad Al’Izz dan Ana Soffya.

Al-Fatihah.

Foto : Instagram Lisa Surihani

IKLAN