Ustaz Ismail Kamus Meninggal Dunia, Al-Fatihah

Share

Pendakwah terkenal dan pengasas Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, Datuk Ismail Kamus menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 12.30 tengah malam di kediaman beliau di Ampang.

Berita pemergian tokoh ternama tanah air itu dikongsi Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia menerusi laman Facebook rasmi, awal pagi ini.

Berikut merupakan kenyataan yang dibuat menerusi laman berkenaan;

RASMI : DATO’ ISMAIL KAMUS KEMBALI KE RAHMATULLAH

Tokoh pendakwah tanah air dan Pengasas Persatuan Perubtan Islam DarusSalam Malaysia, Tuan Guru Dato’ Ismail Kamus telah kembali ke rahmatullah Jam 12.30 pagi, 8 Mei 2020 di kediaman beliau di Ampang.

Semoga Allah SWT menempatkan beliau ditempat yang mulia di sisi Allah SWT.

Sumber Rasmi : Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, 8 Mei 2020 | 15 Ramadhan 1441.

Sebelum ini, Allahyarham dilaporkan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur pada 5 Mei yang lalu selepas mengalami serangan jantung, strok ringan dan jangkitan paru-paru.

Difahamkan, Allahyarham pernah menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada 9 Mei tahun lalu.

Menurut Exco Penerangan Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia, Abdul Hadi Jusoh, veteran Pas itu dimasukkan ke wad sejak 26 April disebabkan keadaaan kesihatan yang agak lemah.

Allahyarham merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia dan pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Sementara itu, laman Facebook Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia dibanjiri ucapan takziah daripada orang ramai yang berkongsi rasa sedih dengan pemergian Allahyarham.

Sumber: Facebook Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia, Awani

IKLAN