Menyangkal gelaran ustaz segera apabila penceramah bebas menyertai program pencarian agamawan, PU Riz menjelaskan majoriti peserta mempunyai ilmu asas agama Islam dan mempunyai kelulusan dalam bidang sewaktu dengannya.
Jelasnya lagi, gelaran ‘ustaz cepat famous’ lebih tepat berbanding ustaz segera seperti yang dilabel sesetengah netizen memandangkan ia disiarkan menerusi plaftrom televisyen.
“Ustaz instant? Meh baca ini. This is my definition of ustaz instant. Its more to like ‘ustaz cepat famous’. Because of tv platform.
“Whoever you are dakwah is Wajib not sunnah. Its just how you do it,” jelasnya.
Malah, Hafidz Roshdi turut memberi reaksi apabila dia turut dilabelkan gelaran tersebut hanya kerana memberi hujah mengenai perkara asas solat.
“So cam ne kalau baru cakap pasal solat tetbe dah jadi ustaz ? , so aku dikira ustaz instant noodle ke?, padahal solat tu basic agama je kot. #mindsetmelayuurban,” tulisnya.
Ads
Dalam pada itu, penceramah bebas ini turut bersoal jawab dengan netizen di ruang komen berkait soal hukum agama.
Ads
Foto : Instagram Pu Riz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak, Ali Puteh memaklumkan pihak doktor akan berkongsi perkembangan anak bongsunya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah pada Isnin.
Ali yang kini bersaing menerusi program Maharaja Lawak Mega 2019 bersama grup Puteh turut mengharapkan sinar terhadap situasi yang dialami anak perempuannya itu.
“Gambar ni mase sebelom adik operation…mase ni masih di hospital ampang…esok hari isnin…keputusan doktor berkenaan kamu syg.
”Semoga ade sinar buat kamu esok…semoga semunya dipermudahkan buat kamu syg esok…terus lah kuat sedaya kamu!!!!
”Walid dan ibu sentiasa ade bersama kamu dan terus berdoa untuk kamu,” tulisnya sambil disusuli dengan tanda #prayforainulmardhiah.
Pelakon senior, Didie Alias mendedahkan dia pernah mengalami pengalaman pahit bersama anak-anak.
Malah, dirinya turut merasakan ia adalah sesuatu momen perit.
Kongsi Didie, ketika itu dia tidak mempunyai wang secukupnya untuk menyara lima orang anaknya.
“Perkara yang paling sedih bagi saya adalah ketika dulu kami anak-beranak tidur di satu sudut sebelah sinki dapur di rumah (apartment) kakak angkat di Setapak, Kuala Lumpur.
“Ketika itu saya tidak bekerja dan tiada duit. Apabila saya lihat lima orang anak saya, saya berkata dalam hati “Ya Allah , mampukah aku untuk menjaga mereka?,” kongsinya ketika itu hanya mempunyai RM5 sahaja.
Didie ditemui di sidang media Lefest Mega Raya 2020 di Pelantaran 2, PWTC pada Rabu.
Tekad membesarkan anak-anak dengan sempurna, Didie yang juga merupakan artis Komedi Wanita Popular (ABPBH 2011) mahu mencari ‘jalan keluar’ untuk memberi keselesaan kepada anak-anaknya.
“Selepas setahun, saya berjanji dengan Allah dan diri sendiri untuk mengubah kehidupan kearah yang lebih baik untuk mencari duit dan mencari kerja bagi membesarkan anak-anak.
“Setahun kemudian, ya memang benar Allah bagi. Ketika itu saya bekerja di sebuah syarikat dan syarikat itu memberikan saya kereta Iswara, pada sebelah petang pula saya meniaga jual satay.
“Saya percaya itu rezeki dari Allah kerana amanah (anak-anak) kita jaga dengan baik dan Dia akan balas di kemudian harinya,” kata Didie kepada MH.
“Ada dua orang anak saya tidak ke sekolah tadika kerana masalah kesempitan wang, mereka terus ke sekolah rendah.
“Tetapi disebabkan kakak mereka yang menjadi tunggak banyak memberi dorongan dan sokongan kepada adik-adik yang lain. Dia juga banyak membantu saya untuk menguruskan adik-adik sekolah,” kongsinya.
Dalam perkembangan lain, Didie merupakan presiden Lefest Mega Raya 2020 yang merupakan sebuah karnival keluarga yang memfokuskan kepada usahawan bumiputra.
Jelajah tersebut bakal diadakan bermula tahun depan di beberapa lokasi terpilih bermula penghujung Mac dan berakhir pada Disember.
Antara selebriti yang bakal memeriahkan karnival terbabit ialah seperti Rozita Che Wan dan suami, Ruhainies, Nana Mahazan, Aidil Aziz, Ozlynn dan ramai lagi.
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan apabila beliau sempat menyantuni sekumpulan peminat daripada kalangan pelajar sekolah menengah ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran, semalam.