Ustaz Ahmad Dusuki Bidas Kenyataan Ifa Raziah “Kau Ingat Gelek Di Khalayak Tu Dapat Pahala Ke?”

Share

Pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani tampil membidas kenyataan selebriti versatil, Ifa Raziah yang mengatakan persembahan gelek dilakukannya semuanya berbayar dan dilakukan atas tuntutan kerja.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook miliknya, Ahmad Dusuki berkata tidak semua wang yang diterima itu menjadi keuntungan dalam hidup kerana bimbang bakal mendatangkan keburukan kelak.

“Kau ingat gelek di khalayak tu dapat pahala ke? Bangganya kau!!”

“Tak semua yang boleh bawa masuk duit itu menjadi keuntungan bagi kehidupan kita, yang dibimbang jika yang masuk duit itu membawa kepada kecelakaan di masa depan kita.

“Setiap mukmin akan disoal di hadapan Allah nanti dari mana ia mendapatkan hartanya dan ke mana ia membelanjakan hartanya di jalan Allah.

“Jika hartanya hanya mengenyangkan perutnya, tergolek-goleklah ia di akhirat nanti, menjawab di hadapan Allah, lebih-lebih lagi hartanya dari sumber menggolek, mengelek punggungnya di khalayak ramai di dunia ini,” tulis Ahmad Dusuki.

Terdahulu, Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha, 47, menjadi bualan hangat netizen selepas dia didakwa mengadakan persembahan sambil bergelek dalam sebuah majlis akikah yang diadakan pada minggu lalu.

Ifa tampil menjelaskan kepada pihak media bahawa dia sudah dibayar sebanyak RM20,000 bagi mengadakan persembahan dan menjadi tanggungjawabnya untuk menghiburkan tetamu pada hari tersebut.

IKLAN