Sebelum ini kita ada mendengar desas desus yang mengatakan isteri kepada pelawak dan penyampai radio popular, Johan iaitu Ozlynn dikatakan hamil namun berita itu senyap begitu sahaja kerana tiada sebarang kenyataan lanjut daripada tuan punya badan.

Kali ini, Ozlynn menerusi sumber Astro Gempak telah mengesahkan bahawa dirinya kini sedang hamil lima bulan.

Usia Kandungan 5 Bulan, Ozlynn Sah Hamil Anak Kelima

Katanya yang juga merupakan seorang pelakon, dia mula menyedari ada perubahan pada dirinya sejak dia menyertai program realiti Super Spontan Superstar 2017.

IKLAN

“Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT dikurniakan rezeki yang tidak ternilai ini.

 

“Kandungan saya kini sudah hampir lima bulan pun dan dijangka bersalin pada penghujung bulan Mei atau Jun 2018,” katanya.

Menurut Ozlynn, ketika desas desus yang mengatakan dirinya hamil sebelum ini, dia mengakui memang ketika itu dia sudah hamil.

Usia Kandungan 5 Bulan, Ozlynn Sah Hamil Anak Kelima

IKLAN

“Ya, saya tahu mengenai video ‘baby bump’ saya diviralkan, tapi kawan-kawan yang bagi,” katanya lagi.

Namun kata pelakon ini, dia mengambil langkah untuk diam dan tidak memberi sebarang respon mahupun kenyataan kerana tidak mahu menghebohkan kepada semua tentang kehamilannya ketika itu sehingga kandungannya berada dalam keadaan stabil.

IKLAN

Tahniah MH ucapkan buat Ozlynn dan Johan yang bakal menimang cahaya mata kelima mereka tidak lama lagi.

Semoga Ozlyyn dan bayi dalam kandungan diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan ketika saat melahirkan nanti.

Sumber: Astro Gempak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI