Usia Bukan Penghalang, Sheila Mambo Sertai Misi Bantuan Sukarelawan COVID-19

Share

Pelakon senior, Sheila Mambo ada memuat naik beberapa keping foto di akaun Instagram miliknya.

Kongsi Sheila, dia ada menyertai misi bantuan sukarelawan kecemasan Covid-19 yang dianjurkan oleh Malaysian Relief Agency, baru-baru ini.

“Alhamdulillah. Hari berpeluang turun padang dgn team @mercymalaysia utk sesi agihan barang2 di ppr pasir permata, ppr Ampang, ppr wangsa maju.

“InshAllah esok kita..sambung Pada yg memerlukan bantuan sila hubungi pihak @mercymalaysia. Ya Allah permudahkan segala urusan kami..,” tulisnya.

Bukan itu sahaja, rata-rata peminat memuji sikap prihatin pelakon berusia 50-an itu terhadap masyarakat dan situasi semasa yang melanda negara kini.

Sekadar informasi, Malaysian Relief Agency merupakan satu perbadanan sukarelawan yang memberi bantuan keperluan asas kepada masyarakat yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19.

Foto: Instagram Sheila Mambo

IKLAN