“Usap Perut Ernie, Rasa Macam Baru Saja Mengandungkan Aafiyah & Afwa, – Tok Ti Doa Moga Ernie Zakri Selamat Bersalin

Share

Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza menitipkan ucapan serta doa buat penyanyi, Ernie Zakri yang kini sedang sarat hamil cahaya mata pertama.

Siti atau lebih mesra dengan sapaan TokTi telah bertemu penyanyi lagu Boneka itu bersama suaminya, Syamel menerusi program MeleTOP, pada Selasa.

Menerusi perkongsian di laman media sosial Instagram, Siti mendoakan agar Ernie diberikan kesihatan yang baik sehingga selamat bersalin kelak.

 

Malah turut berdoa semoga penyanyi Syamel akan menjadi seorang suami serta ayah yang terbaik.

“Saya doakan adik saya @erniezakri akan terus sihat sehingga selamat bersalin nanti dan juga buat @syamel_official, semoga menjadi suami dan ayah terbaik sebagai ketua keluarga.

“Usap perut Ernie, rasa macam baru saja saya mengandungkan Aafiyah dan Afwa. Jaga diri dik!!,” tulisnya.

Imbas kembali, Ernie bergelar isteri kepada Syamel dengan sekali lafaz pada 26 Mac yang lalu di Masjid Puncak Alam, Selangor.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Siti Nurhaliza

IKLAN