Aduh apa nak jadilah dengan manusia yang tak tahu malu minta gambar tak senonoh daripada orang lain ni.

MH pelik dengan segelintir manusia yang mempunyai perangai kotor dan keji ini dan MH rasanya ramai yang pernah diganggu dengan orang seperti ni.

Sebelum ini ada juga kalangan selebriti yang pernah menjadi mangsa. Kali ini pelakon cantik, Uqasha Senrose pula diganggu oleh individu tidak bertanggungjawab.

Uqasha menerusi Insta Storiesnya telah berkongsi satu screenshot masej daripada seorang individu yang meminta dia untuk memberikan gambar bogel dan jika tidak dituruti permintaan itu, individu tersebut mengugut untuk hack akaun Instagramnya.

IKLAN

“Uqasha, if you give me yout nude pics, i will stop comment bad thing about you, i swear.

“only me.

“Hey, i asked you

“If not, i will hack ur ig acc,” tulis masej daripada individu tersebut

Pelakon ini juga turut tidak menyangka bahawa wujudnya manusia seperti ini di dunia.

“Ya Allah ada jugak manusia macam ni!,” tulis Uqasha pada Insta Storiesnya.

Uqasha Diugut ‘Hack’ Instagram Kalau Tak Beri Gambar Bogel

IKLAN

Pada pendapat MH perkara sebegini patut diambil serius oleh pihak berkuasa supaya dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

IKLAN

MH harap apa yang kita lihat dan rasa tidak elok janganlah dijadikan ikutan takut memakan diri sendiri kelak.

Buat korang di luar sana, sentiasalah berhati-hati dengan individu seperti ini lebih-lebih lagi di media sosial di mana tempat kita sering berkenalan dengan orang yang tidak dikenali.

Sumber: Instagram Uqasha Senrose.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI