Ads

Upiak Diceraikan Suami Selepas Rakam Muzik Video Tak Tun Tuang?

Dalam setiap kegembiraan dan keceriaan seseorang itu pasti ada waktu duka dan getir yang pernah dilalui.

Penyanyi lagu Tak Tun Tuang, Upiak Silvia Nanda juga tidak lepas daripada melalui detik hitam dan perit dalam hidupnya.

Menurut satu sumber, Upiak berkata dia pernah menangis selama tiga hari kerana terlalu sedih ditinggalkan suami. Hubungan mereka juga tidak mendapat restu daripada kelurga mentuanya.

Ads

“Saya berkahwin pada tahun 2013 dan bercerai pada tahun 2015 kerana tidak keserasian serta keluarga mertua tidak menyukai saya.

 

“Lebih memilukan, selepas menjalani penggambaran muzik video lagu Tak Tun Tuang, suami menceraikan saya dan kemudian dia berkahwin dengan wanita lain,” katanya kepada Mstar Online.

Hanya kerana lagu Tak Tun Tuang ini, penyanyi ini berkata dia dituduh kurang siuman oleh keluarga mentuanya dan itu membuatkan dia berazam untuk terus buktikan kepada semua yang dia mampu bergelar penyanyi.

Dalam pada itu, Upiak turut berkata dia tidak menolak untuk terus menetap di Malaysia untuk meneruskan kerjayanya namun begitu dia masih perlu berfikir panjang untuk membuat keputusan itu.

Ads

“Saya selesa berada di Malaysia dan terasa seperti mahu terus tinggal di sini.

 

“Tetapi saya perlu fikirkan lagi tentang itu kerana masih ada keluarga yang memerlukan saya di kampung halaman,” katanya.

Dalam hidup setiap orang pasti akan ada saat suka dan duka, MH doakan agar Upiak terus berjaya selepas ini dan menjadi lebih kuat untuk melalui segala ujian dalam hidupnya.

Ads

Sumber: Mstar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

GV12: 59.50% Tak Cukup Selamatkan Rahmat Ekamatra, Mendua ‘Mendonia’ 74% &...

Perjalanan bintang Gegar Vaganza 12 (GV12), Rahmat Ekamatra akhirnya terhenti di minggu ketujuh apabila perkara itu diumumkan semasa segmen Ada Lagu Ada Lagi, namun...
error: Hello. Cannot.