MH pasti ramai yang sudah tahu tentang kontroversi yang melanda pelakon jelita Uqasha Senrose semalam.

Melalui laporan NST yang menghubungi Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim memberitahu Uqasha telah dibebaskan malam semalam dengan jaminan polis.

Malah, Mazlan juga telah mengesahkan penahanan tersebut dan disiasat mengikut seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

IKLAN

Melalui pemahaman MH, jika disabit kesalahan ia membawa hukuman denda maksimum RM100,00 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan. Dadah yang dimiliki dianggarkan seberat lebih 14gram.

IKLAN

“Semua dadah itu dianggarkan lebih RM600 mengikut harga pasaran.

“Ujian saringan awal air kencing terhadap pelakon wanita itu didapati negatif dadah,” katanya.

Terdahulu, Uqasha telah terlibat dengan satu kemalangan dan menyebabkan pihak polis membawanya ke balai polis. Apabila diperiksa, Uqasha memiliki dadah jenis Erimin 5 di dalam tas tangannya.

IKLAN

http://www.mediahiburan.my/khayal-langgar-miliki-dadah-uqasha-senrose-ditahan-polis/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI