“Untungnya Dapat Suami Pandai Baca Al-Quran…,”- Berjaya Hafal Surah Al-Mulk, Amar Baharin Perdengar Bacaan Indah

Share

Sebagai umat Islam, kita digalakkan untuk sekurang-kurang menghafaz surah Al-Mulk kerana ia memiliki fadhilat yang cukup besar.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, pelakon, Amar Baharin dilihat ada berkongsi sebuah video bagi memperdengarkan bacaan penuh surah Al-Mulk yang telah pun dihafalkannya ketika ini.

Jelas suami kepada pelakon, Amyra Rosli itu lagi, dia berharap agar kita semua akan sentiasa mendapat rahmat daripada Allah SWT untuk terus melakukan amal kebaikan.

 “Salam Jumaat. Semoga Allah kurniakan rahmat utk kita di hari Jumaat yang barakah ini amin #almulkchallenge,” kongsinya.

Video bacaan tersebut telah pun meraih lebih 80,000 jumlah tontonan selain turut dihujani ratusan komen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha tersebut selain turut menyifatkan Amar sebagai salah seorang artis contoh.

Sumber: Instagram Amar Baharin

IKLAN