“Untuk Mewarnai Industri Seni Sajalah. Bukan Nak ‘Celah Bedah’ Sesiapa Pun…” Kata Sajat Bila Dikata Gila Glamor

Pengasas kosmetik, Nur Sajat yang kini muncul menerusi program realiti sendiri di saluran Tonton, Nur Sajat Rated Xtra mengakui penglibatannya di dalam dunia nyanyian bukanlah bersifat sepenuh masa.

Sebaliknya, pelancaran single sulungnya yang berjudul Makhluk Penggoda yang turut menampilkan Datuk Seri Aliff Syukri sebagai penampilan khas itu tidak lebih daripada hanya sekadar mewarnai industri seni.

Kongsi Sajat juga, dia menafikan cakap-cakap orang yang dia seorang yang mahu bersaing dengan penyanyi sedia ada dan gila glamor.

IKLAN

“Lagu tersebut sepatutnya dilancarkan beberapa bulan selepas single Abang Nak Tegur dimainkan di media sosial. Bagaimanapun atas sebab yang tidak dapat dielakkan, pelancaran Makhluk Penggoda terpaksa dianjakkan tarikhnya. Tapi tidak mengapa kerana prosesnya berjalan dengan baik. 

 

“Kalau nak dikata mengenai kecaman sedemikian, saya sendiri tak boleh nak sekat. Lagu ini hanyalah sekadar hiburan, mewarnai industri seni sahajalah. Bukan nak ‘celah bedah’ sesiapa pun sebab saya tahu kemampuan diri. Tak letak harapan untuk bawa lagu ini ke peringkat seperti Juara Lagu, pencalonan terbaik dan sebagainya. 

 

“Sebab bagi saya, hiburan sudah jatuh ke nombor tiga atau empat, yang paling penting bagi saya sekarang adalah perniagaan yang saya jalankan sekarang. Malah tak ada niat untuk nak tiru sesiapa sebab bila tawaran diberikan, mengapa tidak untuk kita cuba. Lagi pula ia hanyalah untuk suka-suka sahaja,” katanya jujur  kepada MH. 

Sebelum ini, lagu Abang Nak Tegur daripada Aliff Syukri yang turut menampilkan Sajat menerima kecaman yang bukan calang-calang menerusi media sosial sehingga mengumpul tanda tidak suka yang tinggi menerusi YouTube, meski tontonannya menjangkau jutaan tontonan.

IKLAN

Wow… bila Sajat buat pertama kali perform single pertamanya, Makhluk Penggoda di majlis pelancaran program realitinya, Nur Sajat Rated Xtra yang bersiaran menerusi Tonton. .And yes, ini Makhluk Penggoda dalam mood VHS!.Okay ke idok? Ce komen sikit tp #janganmembawang sangat ok..

Posted by MEDIA HIBURAN on Friday, 16 March 2018