“Untuk Mak Bapak Spesis Benak Level 8,” – Azhan Rani Sindir Kes Guru Rotan Murid Sampai Berbirat

Share

Mengulas kes tular seorang guru merotan pelajar gara-gara digelar ‘ah qua’ baru-baru, pelakon Azhan Rani menerusi Instagram memberikan reaksi.

Pelakon Nur 2 ini berkongsi sebuah video menunjukkan bagaimana seharusnya pelajar dididik oleh guru sekolah.

Video menunjukkan seorang guru seharusnya membiarkan pelajar melakukan apa sahaja yang disukai.

Malah, guru tidak perlu kreatif dalam pembelajaran dan tidak perlu menggunakan masa cuti untuk mengadakan kelas tambahan.

Katanya tibalah masa untuk para guru merajuk dan hanya mengikut sistem.

cikgu merajuk. ada orang tag aku video ni.. pasal kes viral cikgu kena marah sebab rotan pelajar tu aku rasa video ni sangat bagus untuk guru2 dan bakal guru juga untuk mak bapak spesis benak level 8 ke atas.

“Rasanya video amatur ni mesej dia lagi sampai daripada cerita2 hero heroin bergaduh pastu sweet sampai kena kencing manis dalam drama yang aku sendiri pernah terlibat kat tv tu,” tulisnya.

Netizen turut bersetuju dengan video berbentuk sinis yang dikongsi dan menyarankan agar ibu bapa tidak meletakkan tanggungjawab mendidik di bahu guru semata-mata.

Foto : Instagram Azhan Rani

IKLAN