“Untuk Buktikan Sumpah,”- Tular Gadis Pijak Al-Quran, Semoga Engkau Selamat Dari AzabNya Kata Jasmin Hamid

Share

Tular di media sosial apabila sekelumpulan remaja perempuan terbabit dalam video memijak dipercayai Al-Quran oleh salah seorang dari kalangan mereka kerana mahu membuktikan sumpah. 

Lantas, perkara itu telah menimbulkan kekecewaan dan perasaan geram orang ramai termasuk pelakon Jasmin Hamid terhadap tindakan tersebut. 

“MOHON JAGA LISAN… Astaghrfirullahalazim..

“Sedih, marah…semua perasaan bercampur bila tengok gelagat anak-anak ni.. Al-Quran di pijak untuk membuktikan sumpah ,apa yang telah berlaku padanya … Semestinya ini bukan salah sesiapa tapi salah diri sendiri yang sudah hilang IMANnya…

“Ibu bapa harus rajin pantau aktiviti dan media sosial anak-anak supaya mereka tidak terlibat dalam gejala tak bermoral.. Sekarang dah jadi TREND, benda-benda yang NEGATIVE di rakam dan di post di media sosial,”tulisnya.

Pada masa sama, pelakon ini turut bersyukur kerana ia tidak berlaku dalam kalangan ahli keluarganya.

“ALHAMDULILLAH…ia tidak terjadi padaku dan keluargaku.. Semoga Allah berikan dia HIDAYAH. Semoga engkau selamat dari azabNya,” tulis sambil disertakan sumber video berkenaan.

Sementara itu, diruangan komen, netizen telah memberikan komen yang pelbagai terhadap sekumpulan gadis dengan loghat Kelantan itu.

Bagaimanapun, tidak dapat dikenalpasti punca sebenar sekumpulan gadis tersebut bertindak sedemikian.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 30,000 tontonan. Terkini, empat suspek telah pun ditahan di antara Khamis malam dan awal pagi Jumaat.

Empat suspek yang ditahan termasuk remaja perempuan yang merakamkan aksi berkenaan.

Difahamkan, remaja berkenaan telah ditangkap polis.

Video : Instagram Jasmin Hamid/Kosmo Online

IKLAN