Pengarah terkenal, Azman Haji Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo meluahkan rasa terhadap segelintir pihak produksi yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) penggambaran seperti yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Jelasnya, perkara tersebut boleh memberikan kesan buruk terhadap industri kreatif tempatan serta menjejaskan operasi syarikat produksi yang lain.
Malah, suami kepada pelakon Sheila Rusly ini menyifatkan tindakan sedemikian sangat tidak bertanggungjawab dan menyukarkan negara mencapai kadar imuniti kelompok.
“Korang nak nganjing Tok Sidang yek! Ni bior teman nganjing kan komer pulok. Untuk artis yang tak amek vaksin, boleh Shooting dengan Production tu.
Ads
“Tok Sidang tak kisah sbb Penggambilan Vaksin TIDAK DIWAJIBKAN… itu hak komer.
“TAPI UNTOK PRODUCTION YANG AMEK DEME, KOMER AJERNYE BAJANG! PASEI KOMER TAK FOLLOW SOP, KEME LAK YANG AKAN SANGKUT NANTI!
Ads
“Nyesei tak nganjingkan teman, Dengo cite, PRODUCTION tu akan digantung lesen nye setahun…kalau le setahun, lebih pon boleh.
“so PRODUCTION tu dah boleh start reka cerite macamane nak menjawab dengan @finasmalaysia nanti… nyesei tak sekarang, nganjing teman… nganjing le lagi… Lalalala laaalallaa laaalalllaaa laaaa laa laaaaa,” tulisnya panjang lebar menerusi entri di akaun Instagram miliknya.
Sekadar informasi, pihak kerajaan telah memberi kelonggaran terhadap SOP Fasa 1 Program Pemulihan Negara (PPN) kepada syarikat produksi untuk menjalankan pengambaran bagi mengukuhkan kembali industri kreatif tanah air.
Foto: Instagram Jinggo
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Tya Arifin kini bergelar pengacara pula apabila tampil mengendalikan program bual bicara dalam talian, Bersama Tya.
Tidak terlintas untuk berlaku tamak gara-gara mahu melakukan pelbagai cabang kerja, namun ibu kepada dua cahaya mata ini akui situasi pandemik Covid-19 ketika ini turut menjentik semangatnya untuk berkongsi hal positif bersama suntikan inspirasi menerusi program terbabit.
Bersiaran secara langsung setiap Isnin, Selasa dan Rabu jam 10 malam di ‘Instagram Live’ sejak 14 Jun lalu, Tya juga dalam masa sama membiasakan norma baharu bekerja dari rumah.
Isteri kepada Asyraf Khalid ini sebelum ini pernah berlakon dan menyanyi selain menceburi perniagaan jus kesihatan, Mutyara.
“Dalam membiasakan norma baharu sekalipun berdepan kekangan tertentu di era pandemik ini, kenapa tidak saya manfaatkan platform media sosial seperti Instagram hingga ke YouTube.
“Sebenarnya, dulu di negara kelahiran sendiri, saya pernah juga jadi penyampai radio. Cuma tak sempat berjinak jinak jadi pengacara.
“Untuk tugasan program ini, saya banyak melakukan semua kerja sendirian. Awalnya pasukan kerja saya yang menguruskan set program, tetapan gajet, bahan grafik dan sebagainya. Lagi pun saya sudah terbiasa buat ‘live’ di Instagram, jadi tidak canggung.
“Selepas itu, pendek kata semua saya uruskan sendiri. Termasuklah menata rias diri, menentukan pakaian yang mahu dipakai. Malah tetamu atau panel jemputan pun saya sendiri yang undang.
“Lagipun mudah kerana saya bersiaran di rumah. Anak pula jam 9 malam sudah masuk tidur. Jadi masa ‘live’ saya tak diganggu mereka. Pembantu rumah hanya ‘standby’ tekan butang ‘live’ di telefon bimbit saja,” katanya.
Setakat ini, lebih 30 episod sudah bersiaran dan ia kemudiannya turut dikongsi dipelbagai platform termasuk di ‘feed’ Instagram serta dimuat naik di saluran YouTube Tya Arifin.
Tidak hanya mengundang rakan artis dan personaliti di Malaysia, Tya atau nama penuhnya, Nurtria Wulandari Arifin ini turut mengundang selebriti Indonesia.
Datuk Seri Siti Nurhaliza, Tengku Zawiyah, Nina Ismail Sabri, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad antara yang pernah diundang menerusi program berkenaan
“Saya fikir ketika pandemik ini ramai yang bergelut. Malah terlalu banyak hal negatif di media sosial. Setidak tidaknya perkongsian inspirasi dan positif daripada tetamu jemputan boleh menyebarkan aura baik.
“Isu yang dikupas juga sangat dekat dengan kita. Malah ada yang bersifat semasa dan terkini. Malah saya juga tak bataskan hanya tetamu jemputan di kalangan wanita saja. Nanti tetamu lelaki pun ada. Dulu perkongsian atau motivasi saya mungkin terbatas di kalangan usahawan.
“Tapi sekarang ini, sesiapa saja yang mengikuti saya di media sosial boleh mendapat benda sama. Malah saya juga ada kumpulan telegram Tya Arifin. Menerusi saluran itu banyak juga hal dikongsi. Boleh juga ke Instagram @bersamatya,” katanya yang meminati Ellen Degeneres dan Mata Najwa.
Dalam pada itu, Tya juga berharap suatu hari nanti dapat mengundang wanita berpengaruh termasuk Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali sebagai tetamu jemputan.
“Dapat jemput Tun Dr Siti Hasmah jadi tetamu pasti saya akan rasa bangga. Begitu juga di kalangan figura wanita yang menjadi kekuatan pemimpin di Indonesia.
“Malah saya bercita-cita mengundang tokoh pemimpin dan motivasi lain selepas ini,” katanya.
Ketika ditanya mengenai mengenai sejauh mana kerinduan terhadap keluarga di kampung halaman selepas dua tahun tidak bersua, ini kata Tya;
“Bab rindu ini sebenarnya bagai sudah kering air mata. Kerinduan itu terlalu berat. Tapi apa daya kita melawan ujian pandemik ini.
“Nak rentas negara, bukan perkara mudah. Saya reda,” jelas Tya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahukah anda, industri animasi tanah air kini bukan sahaja dapat menarik perhatian penonton tempatan, malah ia juga telah berjaya menambat hati jutaan penonton di seluruh dunia.
Buktinya, baru-baru ini, nama bintang bola sepak Manchester United, Paul Pogba hangat diperkatakan oleh kebanyakkan rakyat Malaysia bukan kerana aksi lincahnya di atas padang tetapi disebabkan seri animasi yang ditontonnya bersama keluarga.
Menerusi hantaran terkini di laman Instagram, Pogba yang memiliki jumlah pengikut seramai 48.1 juta itu dilihat sedang menonton siri animasi Islamik popular negara yang berjudul Omar dan Hana.
Perkongsian tersebut nyata menzahirkan rasa teruja buat suluruh rakyat Malaysia malah ia juga disifatkan sebagai pendedahan yang terbaik buat siri animasi terbitan syarakat produksi Digital Durian itu.
Dalam satu hantaran di laman Instagram, pihak Omar Dan Hana turut meluahkan rasa teruja mereka terhadap posting yang dimuat naik oleh pemain antarabangsa Perancis itu.
“Meremang Min dengar bila player bola kegemaran Min pun tengok Omar & Hana. ada peminat #ManchesterUnited tak kat sini?,” tulis pengendali akaun tersebut.
Sementara itu, netizen turut dilihat membanjiri ruangan komen Instagram bapa kepada dua orang cahaya mata itu.
“Pogboom, nanti boleh buat character dalam Omar Dan Hana ni.
“Omar & Hana. Thank you for watching Malaysian cartoon. May Allah bless you king Pogba.
“Bangga aku jadi orang Malaysia.
“That is Omar Dan Hana from Malaysia,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Setakat ini, entri berkenaan telah pun meraih lebih 800,000 takda suka selaik turut dihujani ribuan komen.
Sekadar informasi, siri Omar dan Hana ini membawa penonton mengikuti perjalanan Omar, Hana, keluarga dan rakan-rakan ketika mereka belajar tentang nilai Islam dan ciri-ciri Islam yang baik.
Selain bahasa Malaysia, siri animasi ini juga turut diterbitkan dalam beberapa bahasa lain antaranya Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Urdu.
Sumber: Instagram Paul Pogba & Omar Hana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, penyanyi Dia Fadila telah diundang untuk menjadi tetamu jemputan untuk program bual bicara Wanita Hari Ini bagi berkongsi pendapat mengenai topik ‘Ibu Bapa Lawnmower’ bersama penonton.
Menerusi program yang dihoskan oleh Uyaina Arshad dan Hawa Rizwana Redzuan itu, ia menbincangkan mengenai topik tersebut termasuk masalah para ibu bapa yang sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anak sehingga sanggup melakukan apa sahaja.
Sebagai ibu, penyanyi yang sinonim dengan lagu Aku Masih Setia itu mengakui dirinya pernah melakukan perkara sedemikian sebelum ini.
Ini kerana dia sentiasa ingin memberikan yang terbaik kepada dua orang anak perempuannya itu.
“Macam saya, pada awal usia mereka nak masuk ke tadika boleh kata saya ini di kategorikan sebagai seorang ibu yang ‘paranoia’. Bila kita banyak bergaul dan orang lain menceritakan hal anak dia sedikit sebanyak perkara ini mempengaruhi saya dalam memilih apa yang sesuai dan terbaik untuk anak saya.
“Tapi lama-kelamaan bila anak semakin membesar, suami banyak menyedarkan saya untuk tidak terlampau bersikap sedemikian dengan anak-anak.
“Jadi bila mereka dah melangkah ke alam persekolahan, saya sudah mula beri kebebasan kepada mereka untuk membuat pilihan apa sahaja,” katanya.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 36 tahun ini berkata, perasan itu hadir apabila dia sering membandingkan kebolehan anaknya dengan orang lain.
“Sejujurnya, ketika usia anak pertama saya dalam lingkungan 5 ke 6 tahun, boleh kata kawan-kawan sebaya dia sudah boleh membaca tapi anak saya masih lambat untuk membaca.
“Jadi saya risau sampai saya upah tenaga pengajar untuk ajar anak saya.
”Saya banyak merungut mengenai hal tersebut dan lepas tu suami banyak nasihatkan saya untuk jangan bandingkan anak kita dengan anak orang lain.
“Setiap anak ada kelebihan masing-masing, jangan rasa benda itu satu kegagalan kita sebagai ibu bapa untuk mendidik anak.
“Lepas tu baru saya perlahan-lahan ubah sikap yang suka memaksa dan lama-kelamaan Alhamdulillah tiga bulan sebelum anak saya melangkah ke sekolah dia dah boleh membaca dengan lancar,” katanya bersyukur.
Sekadar informasi, Dia atau nama sebenarnya Nur Fardilla Nadia Abu Bakar telah mendirikan rumah tangga bersama Redza Tan Sri Dr. Hj Abdullah Sanusi pada 1 Oktober 2010.
Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan bernama Qaseh Dhiya,10 dan Chinta Qadisa, 8.
Foto: Instagram Dia Fadila
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.