Pasangan penyanyi, Syamel, 27, dan Ernie, 28, yang bakal disatukan hari ini, mengambil keberkatan penghulu segala hari itu sebagai tarikh bermakna buat mereka untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri.
Memetik BH Online, majlis akad nikah yang bakal berlangsung di sebuah masjid itu akan diadakan secara tertutup, kira-kira jam 10 pagi dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat.
“Kami pilih Jumaat untuk mengambil keberkatan. Secara kebetulan, hanya tarikh ini sahaja kami tidak sibuk. Sebelum ini, jadual saya dan Ernie sangat padat.
“Jika berjumpa pun sebelum ini, semuanya disebabkan kerja. Sehubungan itu, kami sepakat tidak mengambil sebarang tawaran demi majlis pernikahan kami.
Ads
“Untuk majlis akad nikah, ia akan dilakukan secara tertutup dan hanya keluarga terdekat sahaja diundang memandangkan kami perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” kata Syamel seperti yang dipetik.
Penyanyi lagu Hidup Dalam Mati itu berkata, dia juga akan menyerahkan lima dulang hantaran kepada bakal isterinya pada majlis pernikahan itu.
Ads
“Saya akan beri Ernie lima dulang hantaran berbalas tujuh. Untuk upacara membatalkan air sembahyang, saya hadiahkan seutas gelang tangan, manakala wang hantaran pula kami sepakat untuk merahsiakannya,” katanya lagi.
Bagaimanapun, satu majlis resepsi bertemakan Black Tie akan diadakan pada 3 April depan khusus bagi rakan media dan artis yang banyak memberi sokongan buat mereka berdua.
Terdahulu pada Ogos tahun lalu, keduanya mengikat tali pertunangan selepas saling mengenali secara rapat lebih empat tahun lalu.
Ads
Sementara itu, Ernie menerusi Instagram ada memuat naik beberapa foto sekitar majlis malam berinai yang diadakan pada Khamis.
Sumber, Foto: BH Online, Instagram Ernie Zakri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Gara-gara muka dikatakan mirip pelakon drama siri popular,Budak Tebing, Eddy Ashraf, nama pemain bola sepak remaja Kedah, Mohd Aiman Afif Md Afizul kini menjadi bualan hangat warga net.
Ia susulan, selepas gambarnya ketika menjalani sesi latihan tertutup fasa 1 bersama skuad Lang Merah tular menerusi akaun Facebook FA Kedah pada Rabu.
Menerusi pengendali akaun terbabit, Mohd Aiman yang kini mendapat jolokan nama ‘Budak Jitra’ itu merupakan sorang pemain yang sangat berdisiplin dan berbakat.
Malah, prospek muda itu turut tersenarai antara pemain terbaik negara bawah 19 tahun.
“Selepas hanya beberapa minit foto pemain ini dimuat naik ke ruangan status FA Kedah, ramai peminat memberi sokongan positif dan motivasi buat beliau.
“Setakat ini beliau berdisiplin tinggi dalam menjalani latihan bersama rakan sepasukan dan antara pemain berbakat dalam bolasepak sahaja sehingga disenaraikan antara pemain Bawah 19 Tahun Malaysia,” tulis pengendali akaun tersebut.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan wajah pemain ini saling tak tumpah dengan watak Tongki yang dilakonkan oleh Eddy Ashraf.
Menurut laporan Berita Harian, Aiman dikatakan bakal kekal menyarung jersi Kedah sehingga tahun 2024 dengan klausa pelepasan dianggarkan bernilai jutaan ringgit.
Sumber: Facebook Kedah FA & Instagram Aiman Afif
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan kosmetik, Joy Refva memuat naik sepotong video yang ketika kali pertama menontonnya, pasti akan yang ingat Joy mendedahkan bahagian dada dan leher di Instagram.
Bagaimanapun, mungin menyedari posting video tersebut tidak disenangi segelintir netizen, Joy awal-awal lagi memberitahu. Jawapnya;
“Sis joy pakai baju warna kulit kat dlm tu yer adik2.. bukan saja tayang2 nmpk luruh dendam. jgn la DM maki2 pd sis joy… tanjat gegirl tau,” pintan Joy.
Pelakon dan usahawan, Tya Arifin kini bergelar pengacara pula apabila tampil mengendalikan program bual bicara dalam talian, Bersama Tya.
Tidak terlintas untuk berlaku tamak gara-gara mahu melakukan pelbagai cabang kerja, namun ibu kepada dua cahaya mata ini akui situasi pandemik Covid-19 ketika ini turut menjentik semangatnya untuk berkongsi hal positif bersama suntikan inspirasi menerusi program terbabit.
Bersiaran secara langsung setiap Isnin, Selasa dan Rabu jam 10 malam di ‘Instagram Live’ sejak 14 Jun lalu, Tya juga dalam masa sama membiasakan norma baharu bekerja dari rumah.
Isteri kepada Asyraf Khalid ini sebelum ini pernah berlakon dan menyanyi selain menceburi perniagaan jus kesihatan, Mutyara.
“Dalam membiasakan norma baharu sekalipun berdepan kekangan tertentu di era pandemik ini, kenapa tidak saya manfaatkan platform media sosial seperti Instagram hingga ke YouTube.
“Sebenarnya, dulu di negara kelahiran sendiri, saya pernah juga jadi penyampai radio. Cuma tak sempat berjinak jinak jadi pengacara.
“Untuk tugasan program ini, saya banyak melakukan semua kerja sendirian. Awalnya pasukan kerja saya yang menguruskan set program, tetapan gajet, bahan grafik dan sebagainya. Lagi pun saya sudah terbiasa buat ‘live’ di Instagram, jadi tidak canggung.
“Selepas itu, pendek kata semua saya uruskan sendiri. Termasuklah menata rias diri, menentukan pakaian yang mahu dipakai. Malah tetamu atau panel jemputan pun saya sendiri yang undang.
“Lagipun mudah kerana saya bersiaran di rumah. Anak pula jam 9 malam sudah masuk tidur. Jadi masa ‘live’ saya tak diganggu mereka. Pembantu rumah hanya ‘standby’ tekan butang ‘live’ di telefon bimbit saja,” katanya.
Setakat ini, lebih 30 episod sudah bersiaran dan ia kemudiannya turut dikongsi dipelbagai platform termasuk di ‘feed’ Instagram serta dimuat naik di saluran YouTube Tya Arifin.
Tidak hanya mengundang rakan artis dan personaliti di Malaysia, Tya atau nama penuhnya, Nurtria Wulandari Arifin ini turut mengundang selebriti Indonesia.
Datuk Seri Siti Nurhaliza, Tengku Zawiyah, Nina Ismail Sabri, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad antara yang pernah diundang menerusi program berkenaan
“Saya fikir ketika pandemik ini ramai yang bergelut. Malah terlalu banyak hal negatif di media sosial. Setidak tidaknya perkongsian inspirasi dan positif daripada tetamu jemputan boleh menyebarkan aura baik.
“Isu yang dikupas juga sangat dekat dengan kita. Malah ada yang bersifat semasa dan terkini. Malah saya juga tak bataskan hanya tetamu jemputan di kalangan wanita saja. Nanti tetamu lelaki pun ada. Dulu perkongsian atau motivasi saya mungkin terbatas di kalangan usahawan.
“Tapi sekarang ini, sesiapa saja yang mengikuti saya di media sosial boleh mendapat benda sama. Malah saya juga ada kumpulan telegram Tya Arifin. Menerusi saluran itu banyak juga hal dikongsi. Boleh juga ke Instagram @bersamatya,” katanya yang meminati Ellen Degeneres dan Mata Najwa.
Dalam pada itu, Tya juga berharap suatu hari nanti dapat mengundang wanita berpengaruh termasuk Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali sebagai tetamu jemputan.
“Dapat jemput Tun Dr Siti Hasmah jadi tetamu pasti saya akan rasa bangga. Begitu juga di kalangan figura wanita yang menjadi kekuatan pemimpin di Indonesia.
“Malah saya bercita-cita mengundang tokoh pemimpin dan motivasi lain selepas ini,” katanya.
Ketika ditanya mengenai mengenai sejauh mana kerinduan terhadap keluarga di kampung halaman selepas dua tahun tidak bersua, ini kata Tya;
“Bab rindu ini sebenarnya bagai sudah kering air mata. Kerinduan itu terlalu berat. Tapi apa daya kita melawan ujian pandemik ini.
“Nak rentas negara, bukan perkara mudah. Saya reda,” jelas Tya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!