Sebagai usaha untuk mencipta keserasian (chemistry), Ungku Ismail Aziz berpendapat pasangan pelakon perlulah saling bekerjasama sekali gus memahami akan watak masing-masing.

Ini kerana, jelasnya, keserasian wujud menerusi gabungan bakat pelakon dalam sesebuah lakonan.

“Sebab in real life, kita tak boleh nampak couple itu serasi hanya apabila mereka melepak atau bergambar bersama-sama.

 

“Tapi, sebenarnya, perkataan chemistry itu sendiri membawa makna yang lebih besar,” katanya pada Media Hiburan.

Bahkan, pelakon yang popular menerusi drama bersiri Teman Lelaki Upahan ini juga menekankan pendirian untuk tidak bersentuhan dengan gandingannya.

Bagaimanapun, selebriti berusia 32 tahun ini mengakui terpaksa melanggar prinsip itu demi menjayakan watak Harris Hamzah dalam drama bersiri, Dendam Aurora di samping aktres, Nabila Huda.

IKLAN

“Bagi saya, tak perlu adegan untuk berpeluk dan bersentuhan kerana kemesraan itu boleh ditunjukkan dengan cara lain.

 

“Jadi, walau macam mana sekalipun, saya akan cuba elak untuk terlibat dalam adegan sebegitu.

 

“Tapi, selepas baca dan kaji skrip drama Dendam Aurora, saya dapati ia perlu supaya membantu kepada mudahnya lakonan itu.

 

“Ini kerana, versi asalnya, lakonan lebih bersifat intim. Sebab itu, saya terpaksa lakukannya, jika tak, jalan cerita akan lari daripada cerita asalnya,” katanya.

 

Adegan Intim: Ungku Ismail Minta Izin Suami Nabila Huda

Pun begitu, pelakon drama Terlanjur Mencintaimu ini sangat menitikberatkan batas-batas lakonannya demi menjaga sensitiviti masyarakat.

“Saya memegang watak seorang yang liberal. Jalan ceritanya juga perlu untuk adegan bersentuhan.

 

“Lagipun, kami sangat kesuntukan masa untuk mengolah semula skrip asal, jadi saya terpaksa ikut apa yang dimahukan pengarah.

 

“Tapi, sebagai orang Islam, saya tahu ada batas-batasnya. Adegan intim saya dan Nabila masih ada batasannya serta sesuai untuk tontonan masyarakat.

 

“Lagipun, saya sudah pun meminta izin suami Nabila untuk melakukan aksi tersebut,” katanya.

 

Adegan Intim: Ungku Ismail Minta Izin Suami Nabila Huda

IKLAN

Bagaimanapun, pelakon drama Suami Tanpa Cinta ini akan terus mengekalkan prinsipnya itu sekiranya bertindak sebagai pengarah.

“Sebelum ini, saya arahkan telefilem, Duit Kahwin. Dalam drama itu tiada langsung adegan bersentuhan.

 

“Tapi, kalau saya berlakon di bawah arahan pengarah lain dan ada babak sebegitu dan ia perlu untuk jalan cerita itu, saya akan lakukannya,” katanya.

 

Drama 100 episod ini diadaptasi daripada telenovela Tuscan Passion ini diarahkan oleh Feroz Kader dan Riza Baharudin.

IKLAN

Ia turut dilakonkan oleh barisan artis seperti Anzalna Nasir, Shah Iskandar, Datuk Eizlan Yusof, Fezrul Khan dan Dian P Ramlee.

Dendam Aurora mula bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di Astro Prima dan Maya HD bermula 25 Julai lalu.

Adegan Intim: Ungku Ismail Minta Izin Suami Nabila Huda

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI