Setiap minggu kita lihat pengacara, Jihan Muse semakin sarat mengacarakan program pertandingan nyanyian, Gegar Vaganza musim ke-4 (GV4).

Jihan menerusi satu sumber berkata, dia dijangkakan bakal bersalin menjelang Januari namun begitu sudah terdapat tanda-tanda dia bakal melahirkan zuriat pertamanya ini awal.

“Pada awalnya, doktor menjangkakan saya akan bersalin pada Februari namun diawalkan memandangkan saiz bayi dalam kandungan agak besar.

 

“Namun begitu, saya sentiasa bersiap sedia sekiranya ditakdirkan bersalin lebih awal daripada jangkaan,” katanya.

Ungku Hariz Buat Persiapan Awal, Risau Jihan Bersalin Di Pentas Final GV4

IKLAN

Pelawak dan pengacara popular ini juga turut berkata lagi, kalau dilihatkan pada fizikial perutnya ketika ini sudah terlihat semakin ke bawah.

Suami kepada Jihan, Ungku Hariz juga mengakui dirinya begitu teruja untuk menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka ini namun dalam keterujaannya itu dia juga turut ‘nervous’ menantikan saat itu.

IKLAN

“Memandangkan ini pengalaman pertama, saya rasa teruja dan dalam masa yang sama sedikit menggelabah.

 

“Saudara-mara pun dah banyak nasihat supaya saya ambil langkah berjaga-jaga kerana lihat Jihan seperti bila-bila masa sahaja boleh bersalin,” katanya kepada Astro Gempak.

Ungku Hariz Buat Persiapan Awal, Risau Jihan Bersalin Di Pentas Final GV4

Disebabkan itu, Ungku Hariz membuat keputusan untuk menemani Jihan ke Johor untuk pentas akhir GV4 dan telah membuat persiapan awal dengan mencari hospital terdekat kerana bimbang Jihan bersalin di sana.

IKLAN

“Saya juga sudah bersiap sedia dengan kemungkinan Jihan bersalin di pentas akhir GV,” katanya lagi.

Apapun MH doakan segala urusan dipermudahkan buat pasangan ini dan Jihan juga bagi dalam kandungan sentiasa berada dalam keadaan sihat.

Sumber: Astro Gempak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI