Pelakon dan penyanyi, Kila Fairy meluahkan rasa kecewanya terhadap masalah kekejaman penderaan bayi yang kerap berlaku ketika ini.

Lantaran itu, Kila sering dilihat memuat naik video penderaan bayi di akaun Twitter miliknya bertujuan untuk memaparkan kekejaman manusia alaf ini yang disifatkan lebih teruk daripada binatang.

“Nah tengok manusia. Lepastu korang cakap binatang takde akal? Suka suka hati abuse animals. Hello, binatang lagi sayang anak diorang,” tulisnya

Dalam pada itu, tindakan pelakon tersebut nyata tidak disenangi oleh segelintir pihak yang mendakwa video tersebut terlalu kejam untuk dikongsikan di media sosial.

IKLAN

“Unfollow Me If You Don’t Wanna See,”- Gara-Gara Kongsi Video Penderaan Melampau, Kilafairy Dimarah Siapa?

“Unfollow Me If You Don’t Wanna See,”- Gara-Gara Kongsi Video Penderaan Melampau, Kilafairy Dimarah Siapa?

IKLAN

Namun, Kila tetap dengan pendirianya untuk terus berkongsi video tersebut supaya banyak pihak akan membuka mata dan peduli mengenai trend yang membimbangkan ini.

IKLAN

“Saya rasa saya wajib viralkan benda benda macam ni supaya orang nampak betapa suci mulia murni nya manusia ni dari binatang.

“Why? So they can be abusive forever and nobody will know and take action? Lol. Unfollow me if u dont wanna see any cause imma keep em coming,” tulisnya.

Katanya, orang ramai boleh menekan butang ‘unfollow’ sekiranya berasa kurang senang dengan perkongsiannya itu.

Bagi MH, tidak salah untuk kita berkongsi video penderaan tersebut atas dasar untuk memupuk kesedaran tetapi haruslah tidak berlebih-lebihan kerana bimbang budaya dera tersebut akan menjadi ikutan segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab.

Foto/Video: Twitter Kila Fairy

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI