Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) menafikan penglibatannya dalam penganugerahan yang diterima selebriti Indonesia, Syahrini, dalam sebuah acara yang berlangsung di Cannes, Perancis, baru-baru ini.
Menurut kenyataan rasmi Pejabat Serantau UNESCO di Jakarta, organisasi itu tidak mempunyai kaitan dengan acara berkenaan dan tidak mengiktiraf sebarang penganugerahan yang dikatakan mewakili badan dunia tersebut.
“Walaupun individu yang dikaitkan dengan acara itu mungkin merupakan UNESCO Artist for Peace dalam kapasiti peribadi atau simbolik, acara tersebut bukan merupakan satu bentuk pengiktirafan rasmi daripada UNESCO,” menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, Syahrini mencuri perhatian ramai selepas memuat naik kenyataan dan beberapa gambar di media sosial, mendakwa menerima anugerah daripada UNESCO melalui platform Listen To Her Parole dan Princess Charleen Fondation.
Menerusi hantaran tersebut, Syahrini dilihat memegang sebuah trofi yang tertera logo UNESCO serta nama Guila Clara Kessous, seorang UNESCO Artist for Peace, bersama nama Fondation Princess Charlene de Monaco.
Ads
Turut dimuat naik ialah poster acara yang tertera tulisan ‘Cannes Award is Presented to Mrs Syahrini for Outstanding Achievement in Entertainment, Influence, & Global Cultural Impact’, bersama logo United Society Council.
Ads
“Saya sangat bangga menerima anugerah yang berprestij dan luar biasa daripada UNESCO melalui platform ‘Princess Charleen Fondation & Listen To Her Parole’,” tulis isteri kepada Reino Barack itu di ruangan kapsyen foto yang dimuat naik di Instagram peribadi pada 16 Mei lalu.
Bagaimanapun, kenyataan rasmi UNESCO itu menimbulkan persoalan terhadap kesahihan pengiktirafan yang diterima oleh Syahrini, selain mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Saingan program realiti nyanyian, Big Stage Alpha (BSA) kini semakin sengit apabila dua pesertanya, Ashmirul dan Qarl G, diumumkan tersingkir dalam konsert minggu kedua yang berlangsung pada Ahad lalu.
Terdahulu pada minggu pengenalan, 18 peserta telah diperkenalkan namun enam daripada mereka iaitu Suff Ahmed, Syafeek Ikhwan, Apich Lo, Alif Azri, Shaqeen dan Ridhwan Azman terpaksa meninggalkan pentas BSA, seterusnya gagal berada peringkat ‘The Big 12’.
‘The Big 12’ kemudiannya dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Alpha Prime dan Alpha Ultra, masing-masing terdiri daripada enam peserta.
Namun, selepas penyingkiran Ashmirul dan Qarl G yang berada dalam kumpulan Alpha Prime, kini kumpulan tersebut hanya tinggal empat peserta.
Profil Peserta Alpha Prime
Rizal Rasid
Penyanyi asal Brunei ini pernah berkhidmat sebagai pramugara di Royal Brunei Airlines sebelum aktif dalam dunia nanyian pada sejak lima tahun lalu. Sehingga kini, Rizal atau nama sebenarnya Muhd Rizal Azhiman Mohd Rasid sudah mempunyai beberapa buah single seperti Cukup, Nadi, Hubungan Tanpa Status dan banyak lagi.
Ariel Fesol
Ariel Fesol antara peserta yang harus diberikan perhatian memandangkan sebelum ini dia pernah mengikuti pertandingan realiti popular, Idola Kecil musim kedua. Mengambil cuti panjang daripada bekerja di awan biru, Ariel atau nama sebenarnya Muhamad Fhazrill Fesol juga pernah melancarkan beberapa single sebelum ini seperti Bersangka, Pernah dan Terkesima.
Izat Ibrahim
Izat ialah satu-satunya wakil tunggal dari Singapura di BSA. Panyayi berusia 34 tahun ini aktif memenuhi pelbagai jemputan nyanyian di negara kelahirannya dan baru sahaja menjuarai sebuah program nyanyian di Singapura. Sepanjang bergelar penyanyi, Izat sudah melancarkan beberapa buah single seperti Tiada Gunanya, What Went Wrong dan Tak Perlu Tahu.
Afiq Sky
Menjadi peserta paling muda, Afiq Sky yang kini berusia 18 tahun bagaimanapun tidak bolej dipandanf sepi kerana dia berpengalaman membuat persembahan secara langsung. Ini kerana, Afiq atau nama sebenarnya, Muhammad Afiq Asyraaf Mohd Azli aktif sebagai penyanyi jalanan selain kerap muncul di dalam program TV.
Ashmirul
Amirul Ashraff Shafarudin atau Ashmirul, ialah penyanyi yang meminati genre Ballad, Pop, Reggae dan Alternatif Rock. Berumur 24 tahun, Ashmirul turut mempunyai hobi memasak dan mengemas. Singgle sulungnya yang berjudul Tunggu yang dilancarkan tahun lalu sudah pun ditonton lebih 20,000 kali di YouTube.
Qarl G
Mohamad Haikal Mohamad Nagib atau nama pentasnya, Qarl G berusia 27 tahun dan menjadikan pickleball serta mendaki gunung sebagai aktivitinya di masa lapang. Bercakap mengenai idola seni, dia kagumi penyanyi pop Hollywood, Ed Sheeran.
Daniel Sher
Daniel Sher memulakan perjalanannya di BSA dengan langkah kanan apabila meraih markah tertinggi di saingan minggu pertama dan kedua. Berasal dari Kluang, Johor, Daniel yang berusia 34 tahun ini pernah menyertai beberapa pertandingan realiti seperti Astro Star Quest 2015, The Voice Malaysia & Singapore 2017 dan Bintang AI@RTM 2020.
Allen Andersn
Allen Andersn atau nama sebenarnya, Joan Allan Anderson Sinapati ialah peserta yang berasal dari Sulawesi Utara, Indonesia. Turut bergelar penyanyi, bintang berusia 34 tahun ini nyata memiliki suara unik ini dan pernah menyertai program The Voice Indonesia pada 2016. Namanya pernah viral selepas melancarkan lagu ‘cover’ Rindu pada 2024 yang dipopularkan oleh Agnez Monica.
Que
Peserta tinggi lampai berusia 26 tahun ini merupakan mahasiswa Fakulti Multimedia Kreatif di Multimedia University, Cyberjaya. Que atau nama lengkapnya Nazrul Fhad Sulaiman Fahmi berasal dari Sabah dan berkebolehan dalam bermain piano. Que turut meminati muzik pop alternatif, R&B dan Indie. Jadi, tidak hairanlah sekiranya dia menjadikan Michael Buble dan Maroon 5 sebagai idolanya dalam muzik.
Ray-D
Baru berusia 20 tahun, Ray-D telah menunjukkan kematangannya pada minggu pertama konser BSA apabila menyahut cabaran Ray-D menyanyikan lagu Napal Baji yang dipopularkan oleh PSY. Ray-D atau nama sebenarnya, Ariff Hilmy Muhammad Amir yang pernah menyertai Ceria Pop Star pada 2020 ini turut mempunyai kelebihan dari segi tarian.
Awienit
Peserta yang berasal dari Kuala Lumpur ini turut aktif bersama band yang diberi nama Latecomers sebagai vokalis sebelum menyertai BSA. Selain mempunyai hobi memasak, Awienit yang berusia 25 tahun Ini turut kagumu penyanyi dan pelakon terkenal, Alif Satar.
Araff
Araff atau Muhammad Amirul Hasraff Mohd Pilus menunjukkan kualiti vokal yang mantap ketika membawakan lagu Nur Cinta di hadapan pencipta lagu tersebut, Edry Abdul Halim pada minggu pertama saingan. Baru berusia 19 tahun dan dilahirkan di Kedah, sinar bintang peserta ini tidak dinafikan kian menyerlah.
Kesemua 12 peserta BSA diadili oleh juri tetapnya iaitu Datuk Syafinaz Selamat, Edry Abd Halim dan Hael Husaini.
Dihoskan oleh dua pengacara terkenal dari dua negara iaitu Elly Mazlein dan Rina Nose, BSA bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater, Shah Alam selama lapan minggu setiap Ahad jam 9 malam.
Ia turut dapat ditonton secara langsung menerusi Astro Ria (Saluran 104) dan boleh distrim melalui Astro GO dan sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penangan warga Miri sememangnya luar biasa apabila lebih 6,000 penonton membanjiri Permaisuri Imperial City Mall menerusi acara Hello Miri yang berlangsung hujung minggu lalu.
Lebih menarik, pengunjung yang hadir bukan sahaja datang dari sekitar Miri, malah turut melibatkan peminat dari negara jiran, Brunei.
Ternyata, sambutan ‘menyala’ yang diterima membuktikan keterujaan luar biasa peminat tempatan.
Acara tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan mantap barisan artis popular tanah air seperti Tomok, Ayu Damit, Nikki Palikat dan ramai lagi.
Tidak ketinggalan, peminat juga berpeluang beramah mesra dengan pelakon seperti Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Siti Saleha dan Evertt Gomes.
Bagi yang terlepas peluang hadir ke Hello Miri, jangan risau sebab Astro dan TV Sarawak (TVS) bakal membawakan sebuah lagi acara mega iaitu Konsert MeleTOP TVS pada 17 Mei ini (Sabtu).
Bertempat di Stadium Tertutup Bandaraya Miri, konsert ini terbuka secara percuma kepada semua pengunjung.
Para penonton bakal disajikan dengan persembahan eksklusif daripada barisan penyanyi popular tanah air seperti Dayang Nurfaizah, Hafiz Suip, Hael Husaini dan Floor 88.
Konsert MeleTOP TVS akan dihoskan oleh gandingan pengacara popular iaitu Nabil Ahmad, Hawa Rizwana, Sherry Alhadad dan Namie.
Sementara Cheryl Toh, Ghaz Zawawi dan Fattah Bolh bakal mewakili pihak TVS.
Acara ini mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, sekaligus mengukuhkan lagi peranan sektor kreatif dalam memperkasakan pelancongan domestik.
Konsert ini juga akan disiarkan secara langsung menerusi saluran TVS (Astro 122, MYTV & Unifi TV), Astro One dan platform Sooka, membolehkan peminat seluruh negara turut sama menyaksikan kemeriahan konsert dari jauh.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada momen bersejarah ini, yang menjadi penampilan sulung MeleTOP di Bumi Kenyalang.
Sama-sama memeriahkan Stadium Tertutup Bandaraya Miri pada 17 Mei ini dan cipta kenangan terindah di Konsert MeleTOP TVS!
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sejak hampir sedekad lalu, industri perfileman tempatan menunjukkan perkembangan yang sangat positif, dari segi produktiviti dan sambutan penonton.
Malah, tidak keterlaluan untuk dikatakan, karya tempatan kini mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan filem-filem yang dihasilkan negara serantau.
Pada masa sama, kualiti yang ditunjukkan juga membuktikan kita juga mampu menghasilkan barisan filem berkualiti tinggi dan kaut kutipan pecah panggung!
Tidak kiralah karya bergenre aksi, seram, biopik, animasi mahu pun sains fiksyen, para peminat filem kini dilihat semakin cakna dengan karya-karya tempatan.
Dalam beberapa hari sahaja lagi, filem adiwira yang dinanti-nantikan iaitu Keluang Man The Movie bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 29 Mei ini.
Dijangka bakal mencetuskan fenomena, peluang menjadi antara penonton terawal menyaksikan filem arahan Anwari Ashraf itu dia acara malam gala, minggu lalu menjadi momen paling ditunggu-tunggu.
Ramai yang tertarik dengan pendekatan pengarah yang banyak menyelitkan elemen nostalgia buat mereka yang membesar pada lewat 90-an dan awal 2000.
Bagaimanapun, bagi mereka lahir selepas era Keluang Man terutamanya Gen-Z, kalian tidak akan rasa ketinggalan kerana filem ini juga padat dengan komedi segar dan elemen ‘suprise’.
Kredit juga harus diberikan kepada tunjang utama Keluang Man The Movie, Nas-T yang suskes menghidupkan watak Borhan yang ikonik.
Dedikasi yang ditunjukkan Nas-T nyata menjadikan dirinya sebagai aktor paling layak untuk membawakan karakter Keluang Man.
Selain komedi dan aksi, filem ini juga menyuntik elemen hubungan kekeluargaan, pemberontakan, trauma dan tekanan jiwa.
Malah, gandingan Nas-T bersama dua pelakon otai Datuk Rosyam Nor dan Remy Ishak juga berjaya menaikkan aura dan membuatkan filem ini lebih ‘intense’ namun menghiburkan!
Paling membanggakan, Keluang Man The Movie yang menelan belanja sebanyak RM13 juta ini juga menggunakan 100 peratus tenaga kerja dan kepakaran tempatan tanpa dibantu pihak luar.
Menurut Anwari, meskipun dia diberi pilihan untuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat ternama dalam bidang ‘computer-generated imagery’ (CGI) dan ‘visual effect’ (VFX) namun, atas rasa sayang terhadap karya ikonik ini membuatkan dirinya memilih untuk tidak melepaskan kerja-kerja ini kepada pihak luar.
Dalam pada itu, Nas-T teruja melihat reaksi penonton ketika tayangan perdana Keluang Man The Movie, baru-baru ini.
Menurut Nas-T atau nama sebenarnya Nas Muammar Zar Nasruddin, dia lega melihat reaksi penonton dan berharap agar reaksi sama dapat diberikan selepas tayangan bermula secara rasmi nanti.
“Ini kali pertama saya menonton filem Keluang Man secara lengkap. Sebelum ini, saya agak risau dengan ekspektasi penonton. Ketika tayangan, saya nampak mereka bersorak, gelak dan tepuk tangan. Saya lega.
“Saya terkejut kerana reaksi seperti ini hanya dapat dilihat ketika filem-filem adiwira yang lain. Bila dapat reaksi sebegini di dalam Keluang Man, saya bersyukur. Inilah sokongan yang kami mahukan,” katanya.
Selain Nas-T, filem terbitan Astro Shaw ini juga turut dibintangi barisan pelakon seperti Datuk Rosyam Nor, Datuk Remy Ishak dan Anwaar Beg Moghal.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berbelas tahun bersahabat baik, pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini menghadiahkan busana perkahwinan berwarna biru buat primadona alaf baru, Erra Fazira.
Menurut Rizman Nordin, adalah menjadi...